cuba tgk kat pic yg sebelah kanan....disc telah terkeluar & menekan saluran saraf .....
Slipped disc bermaksud tulang belakang yang “teralih” atau “mengelongsor dari kedudukan asal. Ini disebabkab oleh gel antara tulang yang berfungsi menyerap tekanan telah bocor seterusnya mengakibatkan alihan. pelapik yang terletak di antara tulang belakang terkeluar dan menekan saraf yang keluar di sisi tulang belakang. Apabila ini terjadi, tulang akan menekan pula saraf-saraf yang mengawal anggota badan seperti kaki, tangan dan leher. Kesakitan melampau menyebabkan anggota badan menjadi kebas pergerakan akan terbatas..segala pergerakan serba x kena…duduk, berdiri & baring yang tak boleh lama….dan ini laaa sakit yg penah aku dapat 4 tahun lepas….dengan hanya berpunca dari BERSIN saja…..
Yang berkemungkinan mendapat Slipped Disc…
* Mengangkat barang berat tanpa mengikut cara atau kaedah yang betul.
* Melompat dari tempat yang tinggi.
* Terbabit dalam kemalangan jalan raya.
* Kurang bersenam sehingga menjadikan tulang belakang tidak kuat.
* Sering melakukan aktiviti lasak.
* Melompat dari tempat yang tinggi.
* Terbabit dalam kemalangan jalan raya.
* Kurang bersenam sehingga menjadikan tulang belakang tidak kuat.
* Sering melakukan aktiviti lasak.
Antara penyebab lainnya
*membongkok ke depan & ke bawah ketika bekerja.
*perjalanan yang jauh tanpa berhenti rehat
*Berdiri terlalu lama
*membawa barang yang beratnya tidak seimbang
*duduk membongkok badan di kerusi
*membongkok badan ketika batuk atau bersin (ini laa penyebab aku kena….)
*memakai kasut bertumit tinggi
Masa aku kena dulu…sempat lagi doc berseloroh…..kamu ni kena penyakit “org tua” ni…..sabar je laaa….sebenarnya penyakit ni xkira umur da sekarang….ni semua dari pengaruh @ cara hidup kita sekarang….
Rawatannya dengan 3 cara
* fisioterapi - menjalani sesi dengan pakar yang menunjukkan kaedah senaman yang betul untuk menguatkan otot. Ini termasuklah sesi rawatan menggunakan alat2 & mesin yg ada di pusat fisioterapi
* Suntikan - suntikan stereoid dapat menguatkan otot belakang dan mengurangkan kesakitan
* pembedahan - Ini adalah langkah terakhir di mana bahagian tulang dan disc yang terkeluar akan dikikis. Untuk kes yang lebih serius, kepingan besi akan dimasukkan untuk menyokong tulang belakang
Alhamdulillah…setelah berbulan-bulan aku jalani fisioterapi…2x seminggu….aku berulang dari rumah(rembau) - hospital port Dickson – Seremban (opis) akhirnya byk perkembangan positif…doc pun happy dgn perkembangan ni….dari aku x leh berjalan….jalan terbongkok2 & pakai tongkat…akhirnya aku pulih seperti dulu….Cuma skrg ni mmg x boleh buat perkara2 berat…selaga tingkah laku ku kena berhati-hati….
Cara mengelak
Berat Badan
Salah satu faktor penting yang menolong mengelakkan tekanan berlebihan kepada tulang belakang. Pastikan berat badan yang ideal dengan mengikut BMI yang sesuai. Berat badan ideal juga dapat menghindarkan penyakit lain seperti cholestrol tinggi, diabetes dan sakit jantung.
Senaman
membuat senaman ringan seperti regangan setiap kali bangun dari tidur. Selebihnya, cari masa untuk bersukan sekurang-kurangya 2 kali seminggu. Pastikan anda membuat warm up dahulu sebelum memulakan apa-apa aktiviti sukan. Ini akan mengelakkan kecederaan dan menguatkan otot terutamanya di bahagian belakang.
Posture
Pastikan anda tidak membongkok dan bersandar dengan selesa semasa menaip di hadapan komputer. Kecenderungan untuk membongkok akan menyebabkan kesakitan di bahagian bahu, leher dan tulang belakang jika dibiarkan terlalu lama. Ini mungkin akan menyebabkan anda mendapat slipped disc tanpa anda ketahui. Pastikan juga anda meletakkan bantal kecil di bahagian belakang tempat duduk anda dan di dalam kereta. Kurangkan tekanan di bahagian belakang dan bila terasa sakit, pastikan anda bangun dan berjalan-jalan untuk beberapa minit. Elakkan duduk terlalu lama dengan posture yang buruk.
Mengangkat
Gunakan teknik yang betul dan jangan membongkok tanpa membengkokkan lutut kerana ini akan menyebabkan tekanan dari berat barang tersebut ditanggung oleh tulang belakang anda. Jika tidak mampu mengangkat, minta pertolongan dan jangan memaksa badan anda hanya untuk kelihatan “macho”. Angkat dengan perlahan dan berhati-hati.
ini laa dinamakan MRI scan.....duk baring dlm tu lebih kurang 30minit - 45minit tanpa boleh bergerak utk nk dptkan x-ray segala urat saraf dlm badan
2 comments:
penyakit orang muda pulak skang ni kan slipped disc. anak buah pun kena sebab aktif sport.
aaah...mmg da jadi penyakit org muda dh.....ada gak member ct yg kena
Post a Comment