Syella Kamaruddin dahulu pernah dikenali sebagai seorang penyanyi dan wajahnya sering menghiasi majalah-majalah hiburan seperti Mangga. Namanya pernah popular dengan lagu Menangis Dalam Hujan. Terbaru tentangnya, dia telah diijakabulkan dengan seorang VVIP dalam sebuah majlis tertutup, Jumaat lepas. Syella ternyata amat bersyukur apabila kehidupan penyanyi yang sebelum ini berhempas pulas membantu keluarga dengan menjual nasi lemak telah berubah sekelip mata.
Syella Kamaruddin menerima pelbagai hantaran mewah termasuklah sebuah banglo bernilai RM5 juta dan sebuah kereta rekaan British, iaitu Mini Cooper. Difahamkan, perkahwinan Syella Kamaruddin secara keseluruhannya bernilai hampir RM15 juta! Baju perkahwinannya juga turut menerima sentuhan pereka terkenal tanah air, iaitu Hatta Dolmat.
Syella yang juga pemilik butik D’Syella Place menjalankan perkahwinannya tanpa pengetahuan media kerana menghormati permintaan suaminya. Tahniah kami ucapkan kepada Syella dan semoga kehidupannya bahgia hingga ke akhir hayat dan janganlah ada mana-mana pihak berdengki dengan kehidupan yang dia miliki. =)
7 comments:
dia suka angin masuk kt lurah tu kot...kikikiki
haha....free aircond.....kak jom masuk GA ct
habis cantik lah tu kat dier agak nyer!!
selalu baca jer tak pernah nak komen tetiba hari nie tak tahan nak komen...hehe klu nak tau dia kawen ngan Tan Sri Musa Hassan bekas ketua polis negara tu....
Deela, dia rsa dia laaa yg pling cntik smpai abis suma nk di tnjuk kt tetamu
Mimie - akhirnya terkomen jgk ye,setelah jd silent reader ct..apa2 pun mekasih ye hope leh trus berkenalan,owwh ye ke ni isteri tan sri musa hassan?
Post a Comment