Blog Ini AdaLaH TemPaT mElUahkAn peRAsAaN kU...LeBiH kEpAdA pEnGaLaMa Ku DaN jUgA cErItErA² aKu DaN fAmIlY kU...tIdAk TerliBaT DgN sEsIaPa Yg lAiN kEcUALi DiNyaTaKaN

jUtAAN tERiMa KaSiH juGa di UcApKaN kEpAda seMuA yAnG sUdI sInGgah Di bLOG yG X SEBeRApA NI...SeLaLu² LaAa SiNgGAh LaGi YE..

iklan best

My IG

Saturday, December 31, 2011

tahniah OSBON.....




nampaknya lawak orang lama masih boleh diteerima.
dan bak kata zainal abidin...."orang lama lambat panas...." mmg di akui....dah episod berapa tah yg tetiba lawak OSBON  menjadi-jadi dari satu episod ke satu episod....cuma ada sekali tu lawak diorg kurang sikit masa buat lawak kat angkasa lepas......apa yg di amati yg nmpak lawaknya abun.....os sebagai pelengkap dan jadi bahan lawak.....coz abun banyak gunakan gigi os sebagbai lawaknya..


bagi ku.....kalau tgkkan persembahan malam semalam...boboi lagi menyerlah dari osbon bukan nak pertikaikan kemenangan osbon tp just nak bg pendapat ku jerrrrr....tp xde laaa x setuju dgn kemenangan osbon.......bagiku elok gak osbon menang....sekurang-kurangnya dpat gak bagi os kehidupan baru....sbb dia skrg bawak teksi je...coz dah x byk tawaran berlakon kan...kalau boboi menang lagi bertanmbah-tambah laaa kekayaan afdlin shauki & HBC.......


OSBON









VS






BOBOI






Friday, December 30, 2011

kena rantai dgn bapak sendiri

tergamak kan seorg bapak buat anak kecik dia mcm tu....kalau nakal sgt pun kenapa perlu sampai nak rantai-rantai.....dah laa dirantainya kat dalam toilet....kotor pulak tu...kesian mengenang nasib budak2 tu....kakak yg berumur 5tahun dan adik nya plak 2 tahun...sebaya dgn zikry tue....budak yg x reti apa lagi.....yg diorg tau main jer kan...kalau xde org sgt nak jaga diorg pun...kenapa nak di kurung dalam toilet....?   kalau risau diorg buat benda2 bahaya pun....letak laa diorg dalam bilik...sebelum tu pastikan xde brg2 bahaya dlm bilik tu...lpas tu minta laa bantuan kat jiran...tolong tgk2 kan budak-budak tu.....tinggal kan makanan sekali.....

ni ada ke patut biarkan diorg kat tempat kotor....dah laa di biarkan kelaparan....ishhhh pendek tul akal dia....


diorg makan roti yg diberi oleh jiran



sumber dari HARIAN METRO







ombak rindu vs tentang dhia




Sapa tgk tentang dhia semalam….?
Bercucuran air mata ni tgk kisah dhia ni…siap mr zuar tolong lap kan air mata ku…hahhaha romantic x…? haaa lepas tu cepat-cepat  dia amik gmbar bininya yg tgh kembang kempis hidung tahan nangis…..mmg tabah sungguh dia mengahadapi dugaan….masih igt lg kata-kata dia “abang….dhia terlalu sayangkan abang…sumpah demi ALLAH tiada yg lain selain abang….dan dhia xnak berpisah dgn abang…hanya mati yang boleh memisahkan kita” fuhhh menusuk kalbu ku…

Dan akhirnya tembelang”mummy” pecah jugak… gunakan pak boon utk tundukkan semua org….dan rupanya pak boon ni bomoh panel keluarga diorg…hahhaah sebab “mummy” ada ckp “kenapa plak x boleh? mak lupe ke? dulu mak pun ada gunakan pak boon utk kenakan ayah….!!!” Dan satu lagi ayat yg x leh blahh….”saya x main bomoh-bomoh ni mak….syirik…syirikk…” aduhai cakap putar belit sungguh….x main bomoh konon….abih pak boon tue apa? Doctor kah…?

Sad ending….mmg zikir & dhia tu bercinta sehidup semati…..azmi & melly plak berbahagia bersama…..



semalam jugak aku tgk ombak rindu "HARAM" kat youtube....
setelah di amati cerita ni lebih kurang sama je.....coz perkahwinan hero & heroin dlm kedua-dua cerita ni di tentang oleh ibu masing-masing.....cuma bezanya dlm ombak rindu akhirnya haris dpt hidup bahagia dgn iza....dan dlm tentang dhia plak zikri & dhia kembali kepadaNYA bersama-sama....bagi pendapat ku.....TENTANG DHIA yg lagi menusuk kalbu....lagi best ceritanya....lagi membuatkan airmata ku ni berguguran  selebat-lebatnya...















sakit hati jer kan tgk diorg berdua ni.....kenapa laa xde langsung balasan utk diorg.....





hari terakhir bekerja

salam semua......
hari ni merupakan hari terakhir kita bekerjakan.....utk 2011 laaaa...dan juga hari-hari terakhir utk kita selesa berada atas jalan raya waktu pagi......lpas ni jalan raya penuh sesak balik seperti sedia kala.....mula kita dgr hon sana sini....nak g kerja pun kena keluar awal....xleh da bangun lambat sikit...compom jem nnti...macam ni laaa kehidupan org kat bandar-bandar n pekan-pekan....kalau dok kg fuhhh sgt laaa tenang jalan raya tu xde laa sesibuk mana....xde jem-jem ni


bg yg ada anak bersekolah atau baru nak masuk sekolah mesti tgh sibuk nikan....uruskan mereka...apa-apa pun selamat bercuti yer semua dan selamat tahun baru....apa azam 2012 korang?







Thursday, December 29, 2011

maksud letak teddy bear kat kereta....






penah nmpak x kereta-kereta yg sngkut teddy bear kat bumper keta....terjuntai-juntai lahh ia kat belakang kereta tue...selama ni pun duk tertanya-tanya pe sebab laa diorg gantung...nak nampak comel ker...? tgk keta-keta sporty pun tetiba letak hello kitty.....hahahah mcm kelakar pun ada...sebenarnya ada maksud yg tersirat pasal teddy bear ni...nak tau sebabnyer....haaa sile teruskan baca yerr....




“Sebab, ni budaya orang Thailand. Orang sana percaya roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di tempat dia mati. Takut nanti dia menganggu orang yang memandu, terutama roh kanak-kanak, jadi mereka pasang anak patung. Supaya roh kanak-kanak tu happy.” 

“La ye ke,” kata saya. “Patutlah time saya pergi Bangkok dulu, diorg buat shrine tepi jalan. Kata tourist guide, kalau orang tu mati kat situ, buat kuil kat situ. Dia jadi penjaga jalan tu.”

“Ha tulah, orang kita ni suka ikut saja budaya luar. Asal cute je buat. Tak fikir pun sebabnya.”
Bila Google di sini saya mendapati perkara yang sama. Di sini pula, halaman blog pelancongan Thailand ni pula mengatakan bahawa trend ini dibawa oleh pemandu teksi Thai yang mahu meletakkan roh lain (dengan meletak anak patung) supaya roh orang mati dilanggar tidak menganggu kereta mereka.

Fuh, nasib baik saya pun tak buat. Aduh, tengok, nanti rosak pula akidah percaya pada roh anak patung. Hari tu terfikir juga, comelnya kalau letak anak patung sebiji. Kuma-kuma ke, powerpuff girls ke. Kenapalah saya tak tanya dulu.




tue laa dia...org kita ni suke sangat meniru...tp x tau sebab pe perkara tu di buat....jd kalau laa ada kengkawan...abang....adik....kakak.... yg gantung teddy bear mcm tu plz laa bgtau kat diorg hal ni....info ni dari SINI

Wednesday, December 28, 2011

kenapa perempuan cepat nampak tua..?








jom baca sebab musabab ni yer.....


1. Jika kita makan dengan perlahan dan mengunyah makanan sehingga benar-benar hancur, itu akan membantu proses penghadaman kita, sekaligus mengelakkan kita gemuk.. tetapi kasihan org pompuan  ini, terpaksa makan laju-laju, telan terus tanpa sempat dikunyah kerana nak memujuk anaknya yang menangis. Tapi si suami.. layan jer sambung makan, buat-buat tak dengar anaknya menangis. Jadi, wanita pun mudah jadi gemuk sebab makanan tak sempat nak hadam betul-betul.

2. Wanita juga mudah gemuk kerana sifat mereka yang tidak suka membazir. Makanan yang tidak habis dimakan oleh anaknya, maka dialah yang akan menghabiskannya pula. Sayang katanya… takut membazir. Membazir itukan amalan syaitan. Si suami pula dengan riaknya mengatakan “kau ni kuat betul makan!”

3. Bila anak menangis tengah malam nak minum susu, bapaknya akan tidur mati terus. Kalau yang dengar pun buat-buat tidur lena sebab malas nak bangun, malas nak ganggu tidurnya. Wanitalah yang dalam semalam, berapa puluh kali terpaksa bangun membuat susu untuk anak. Bila tak cukup tidur, mulalah muka nampak letih dan cepat nampak tua. Kedut-kedut pun mula wujud. Masa tu guna Total Effect ker, aper ker… takkan nak hilangnya. Petua untuk mencantikkan ada dua yang penting, minum air banyak dan TIDUR SECUKUPNYA.

4. Dan bagi wanita yang bekerjaya, sudahlah penat bekerja untuk membantu menambah pendapatan keluarga, bila balik rumah, semuanya dialah yang kena uruskan. Dengan perangai anak-anak, perangai bapaknya… nak itu, nak ini.. Jadi, wanita pun membebel, marah-marah… dan bila marah-marah, banyak leter, cepatlah jadi tua..


Kesimpulannya…wanita cepat tua dan cepat gemuk adalah disebabkan LELAKI atau lebih tepat lagi SUAMI.. Oleh itu, hargailah segala pengorbanan isteri korang. Mungkin sekiranya sehari sahaja isteri korang tiada, dan korang perlu memikul tanggungjawab dia sementara, korang mungkin tidak mampu melakukan seperti dia..







Tuesday, December 27, 2011

10 tahun tinggal kat hotel


ikhsan google


Ramli MS laaa orgnya....
10 tahun tinggal kat hotel......giler kaya dia ni....kita ni nak g tido hotel pun berkira2 jumlah harinya,,,dia plak 10 tahun duk situ....da tentulaa dia x tido kat hotel yg harganya bawah rm100...jom kita wat kira-kira....

kita amik laa min sehari utk 1 bilik RM100

RM100 x 30 hari = RM3000 (sebulan)
RM3000 x 12 bulan = RM36000 (setahun)
RM36000 x 10 tahun = RM360000



dah settle sebuah rumah kan dgn jumlah tu.....mmg kaya laa dia ni...sebab dia duk kat hotel adalah kerana kemudahan yg disediakan....almaklum laaa org sibuk...xde masa nak pikir hal2 rumah...jd klo duk hotel bangun tido....makan mandi...check out....balik je hotel balik dah kemas tersusun....semuanya hotel dah uruskan...katanya lagi pekerja hotel layan dia dgn baik...sampai dia di benarkan memasak kat dapur hotel tu...

akhirnya dia dah buat keputusan utk beli rumah....dan dia akan bawa ibu bapa dia tinggal dgn dia yg skrg ni mereka ada kat singapura...


sumber dari sini

akhirnya mereka mengumumkan pernikahan

setelah lama berahsia...akhirnya diorg umumkan tarikh keramat diorg...
23 Februari 2012 menjadi pilihan diorg....
tahniah ye lisa & yusry..moga korang berbahagia....

diorg umumkan tarikh tu utk buat pengumuman rasmi kepada media setelah dapat persetujuan dari ibu bapa kedua-dua belah pihak...dan sehari sebelum tu keluarga yusri ada menghantar cincin sebagai tanda...mereka telah memilih Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya sebagai tempat pernikahan nya dan persandingan mereka pula akan di buat kat (PICC) Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya...


katanya diorg ni cinta BBM....dah berBBM lebih setahun....








kiri sekali ibu lisa dan sebelah lisa tu ibu & ayah yusri



kepada para pemenang


sorry laa ct lupa lak nak bg email...

jadi kpd yg ct dah senaraikan namanya sbg pemenang...silalah emailkan detail kat sini

too50708@gmail.com


sila sertakan
nama
alamat
no.tel



Friday, December 23, 2011

mekasih NUFFNANG....!!!

hampir 2bulan duk tunggu....
baru sekarang laaa ia muncul...menbuatkan hati ni berbunga riang....
1 lagi BE yang singgah dan bertapak kat blog ni....
harap BE ni kekal laama & mampu beranak pinak plak lpas ni....



tq kat NUFFNANG nnti tambah lg BE bebanyak yer.....





PEMENANG GA - Cenderamata dari Pangkor

minta maaf sgt-sgt sbb lambat mengumumkan pemenangnya....
ni semua disebabkan kesibukan melampau dlm 2mggu ni...


dengan ini di umumkan para pemenangnya...adalah.....



Tempat pertama
No.75


Tempat kedua
No.57




Tempat ketiga
No.46



kepada semua pemenang tahniah di ucapkan.....dan sila emailkan 
nama
alamat
no.tel


kat ct yer....kepada peserta yg lain....terima kasih diucapkan kerna sudi memeriahkan lagi GA ni....insyallah lain kali...kalau ada rezeki lagi leh join GA yg lain pulak....





Thursday, December 22, 2011

Toyol kat opis....

Selama ni duk letak atas meja xde pun hilangnya....tetiba pagi ni bile nak isi laa duit tabung ni lagi...tapi bile angkat jer..ringannn..!!!! Padahal tabung ni dah nak penuh...da tentu laa berat kan...dah laa yang hilang tu syiling 50sen yg banyaknya....kpd yg amik tu smpai bile2 ✗akan dihalal kan...kita ni penat laa ngumpul...


*mood hari ni = bengang...!!!!!

Tuesday, December 20, 2011

Clearr...!!!

Fuhh....lega..akhirnya selesai dah mem"packing" semua barang...dah mcm pindah rumah....smua barang stor nak kena kemas & packing....brg2 personal @yg kt meja je dah 4 kotak....tu lom cite yg dlm stor...berpuluh-puluh....org lain tu just kemas barang-barang personal je....


Esok plak pemindahan barang...dah masuk tempat baru nak kena kemas n susun pulak....dah rasa keja dgn movers plak dah ni....

hidup nomad di opis





kepada para peserta GA mohon maaf sebab masih x bepeluang nak umumkan pemenangnya...
ni semua gara-gara kena berpindah lagi....kalau sebelum ni pindah bulan puasa haaa kali ni pindah hujung tahun plak...time org lain sibuk bercuti kami kena pindah opis........dalam setahun 10 bulan (lebih kurang laaa......) aku kat sini dah masuk 5x kot pindahnya........harap ni laaaa last pindah....kalau pindahpun aku pindah keluar bahagian ok laa jugak.....hehheheeh






kpkt    -    kwpkb (tingkat 6)

tingkat 6    - tingkat 5

tingkat 5    -    tingkat 3

tingkat 3    -    tingkat 5(dr blok 2 ke blok 1 plak...)

tingkat 5(blok 1)    -    tingkat 5(blok 2)









Sunday, December 18, 2011

Mandi xberbaju

Sibuk dia ni....aku sibuk membasuh umah dia pun sibuk nak nolong... tgk la tu...dia tolong main air. Sonok sgt nampaknya zikry...ye la jarang2 kot nak dpt mcm ni...umah sendiri compom laa ✗ dpt mcm ni mana tak nya awak duk kat umah yg ✗ bertanah...



Umah mak skrg duk tggu anak-anak balik je laaa bru nak kemas2 sakan...stakat sapu-sapu rumah tu abah ada laa buat..sbb mak tinggal berdua je dgn abah kt kg....mmg abah je dah yg urus hal rumah....

Friday, December 16, 2011

sorry...

bz lak rasanya hari ni... xsempat nak blog walking...
entry pun sempat wat 1 jer...hehhehe

tu pun tercuit hati tgk gelagat mereka
cepat-cepat wat entry...klo tangguh2 nnti trus je lupa....
balik keja ni je nak trus pecut amik zikry & trus g seremban....esoknya pulak bru balik kg tgk mak....
dah lama x balik berdua dgn zikry....harap2 .zikry behave je dlm kereta nnti...klo x, xsenang aku nak drive...


apa-apa pun selamat berhujung minggu ye semua....






comel & cutenya




sekali pandang je aku dah tergelak
xsangka plak yang  Tun Dr Seri Hasmah leh buat aksi mcm tu.....
klakar jgk Tun ni kan....


apa2 pun mereka ni mmg loving cople...






Thursday, December 15, 2011

Giveaway - cenderamata dari Pangkor





kali ni aku dgn berbesar hati nak buat sikit giveaway...

lama benar x buat contest....
saja jer nak bg sikit buah tangan dari sana utk kengkawan kt alam maya ni...
hadiahnya xde laaa semahal mana pun...tp just utk memberi kepada kawan2...
terbuka utk semua yg ada blog......

caranya pun x susah...

  • just buat 1 entry
  • letak banner ni dlm entry tu (cerita je apa2 pun...)
  • last sekali jangan lupa post link entry anda kat entry ni ye....


start dari 29 nov - 15 dis 2011




terpulanglaa kat kengkawan...nak follow blog x seberapa ni atau x.....kalau follow terima kasih di ucapkan...kalau x follow pun xpe....its up to u lah.....


utk senarai peserta tgk sini


GA tamat....

tepat jam 12.00 t/h maka tamat la 


ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yg join...
xsangka plak seramai ni....cara pemilihan adalag secara random



tunggu ye...nnti ct akan umumkan pemenang yg bertuah tu ye






Parah digigit siamang zoo





sian kat adik ni....dari elok nak berjalan kat zoo tetiba jadi cenggini...
ikut kata mak nya Anita sulaiman 36, diorg sekeluarga berjalan2 & tetiba nampak ramai pengunjung yg berlari & menjerit mintak tolong...dan x lama lpas tu siamang tu terkam adik Afieq...dan mak dia  x sangka kejadian tu terjadi sbb dia ingatkan haiwan kat zoo melaka tu jinak2...kerana dibiarkan bebas kat kaw. laluan pengunjung..

Afieq yg parah kat betis kanan & hampir hancur dah di bedah kul 9 pagi semalam...dan pihak zoo melaka dah mohon maaf dan sudi menanggung semua kos atas rawatan yg diberikan...


ish...takut jugak kot kan...spatutnya pihak zoo kena pastikan betul2 mana haiwan yg jinak dan x jinak sebelum melepas kan haiwan2 tu berkeliaran tanpa pengawasan...info dari berita harian









Wednesday, December 14, 2011

Merah nya makngah....!!!

hamik ko...merah api aku beli....
xpenah ada bju colour tu...slama ni kot merah pun xde laa seterang ni...itu pun just sikit2 je merahnya...kali ni aku x kira...nak vouge jugak mlm ni...org x penah dpt g dinner mcm ni laa jdnya...lepas geram sungguh...klo ikutkan hati siap nak balik awal....siap2 awal  g salon upah makeup..pastu g jumpa hana tajima...suh pakai kan tudung...kasi kelas gitu...hahahahha


berbalik kat baju tu...di beli kat PKNS Bangi..abis semua kedai di tawaf...1 kedai 2...3x kali masuk...bile ada yg berkenan...tp saiz xde plak...nak amik yg hitam xde yg cantik plak...cari yg merah + hitam xde plak sudahnya aku g laa kat kedai ni....aku mmg perasan...dri memula terpandang bju2 dia uptodate skit dri kedai2 lain...lpas pusing 2 & malas nak pikir2 lg...jd rembat je laa yg ni...merah pun merah laa...dan ni laa 1st time aku beli baju patern kembang2 ni...mr zuar x tau lg...apa laa dia kata nnti klo tgk....sbb pegi sorg je smlm...senang nak pilih...klo x nnti dgn zikry dgn kena bebel suh cepat pilih...x tenteram mak tau...!!!


masa tgh byar tu baru perasan kedai ni ada on9 jugak....
BLOG : emysticloset







klo nak tgk bju cmne yg di beli...tugguuuuu.....next entry





makan-makan kat "taman"



selama ni duk pusing...pusing kat alamanda tu...baru laa aku tau ada TGI & the garden....
dah kata lama benar x nonton...jadinya xde laa aku menjenguk ke bawah...sbb wayang gmbrnya kt bawah skali...mmg selama ni nmpak2 laa jugak iklan2 TGI  kat alamanda tu....tp xpenah nak amik port pun...sbb xbape minat laa makan kat sana...x kena dgn tekak...sekali je pernah g


ok...nak tau  mcm mana leh tetiba makan kat situ.....
panjang citenya....dan di pendekkan citenya sbb dpt jemputan utk celebrate birthday.....haaaa birthday adik ipar ku....yg dah di rancang oleh biras ku....just family2 je....xrmai pun yg ada..just MIL adik ipar, kami bertiga(aku,mr zuar & zikry) dan da tentulaa org yg dirai hsbnd & wife....family yg lain msing2 x dpt dtg coz buat hari rabu mlm...klo weekend mybe leh berkumpul semua...jom layan gmbar



cantik kan dalam dia


adik ipar dgn wife n MIL nya

kami.....

pilih......

ni laa yg di pilih

lpas je minum susu...trus tido.....

ameer fariz



1st time rasa kek pelangi ni....sedap...suke sgt

last sekali....mesti laa nak jugak duk atas ni...




Tuesday, December 13, 2011

merah + hitam

apa kehal ni tetiba merah + hitam...?

sbbnya tgh mencari baju yg temanya merah + hitam......utk?
Anual diner.....nak pakai apa pun x tau...dah laa baju yg ada x umah xde yg wrna mcm tu...niat dihati nak vouge-vouge...ahahaah tp x xleh laa plak...sbb prut buncit....=)


dinnernya esok malam baru hari ni nak g mencari...
alamat nya mana2 baju yg ada jer rembat nnti.....maasa dah xde...dah tau pasal dinner ni dri 2mggu lpas kot...tp xkompom lagi nak pegi ke x...jd hari ni baru laa dpt kompomkan peginya....pe lagi...meraban laa nak cari baju.  aina   ada offer pinjam je bju adik dia...& td sempat test...ngam dgn aku...cuma colour tu lari sket laa...grey & hitam....klo dah xde sgt...aku pakai je laa nntinya...








sapa jual PB?






aku ni da terasa buncit sgt...
mmg da lama nak pakainya...
dan dah lama jugak suarakan keinginan tu kat en suami....
tp cuma persoalan...dan persoalan ja.....xtahan da aku pndang tang perut ni...
sampai ada yg penah tegur "peknen" ke....?
x sanggup aku da ni...


jadi kepada mana-mana penjual PB klo rasa nk menambah sales tu....sudi-sudikan


email : too50708@gmail.com
BB pin :235C2AE0

Monday, December 12, 2011

Aktiviti sepanjang di pangkor….


 
Dah lama pegi bru skrg berpeluang nak cerita….biasa laa kalau namanya team building mmg seronok laaa…xde sesi2 ceramah yg mengantuk tu…semuanya kerja2 kumpulan…mmg sgt meringankan kepala otak ni…23hb tu kami smpai kt Teluk Dalam Resort  pukul 3 lebih klo x silap…smpai2 je diorg smbut kami dgn lagu slamat datang + welcome drink….lpas je check in…bermula laa sesi kursus kami…mcm biasa laa..suai kenal la…pilih penghulu la….pembahagian kumpulan…








utk sesi malamnya pulak….kami kena jadi askar…main perang2 mmg sonok sgt…muka pun kena conteng celoreng-celoreng….pemaninannya ialah kami kena curi lilin dari pihak lawan tanpa kena tembak @ bom… torch light di jadikan pistol….dan bom nya pulak adalah bungkusan air…..sapa kena bom maknanya mati@terkeluar dri pemainan….dah laa baru lepas hujan masa tu…dah tentu2 laa tanah becak kan…kami kena merangkak…berlari utk curi lilin dri pihak lawan…dah aku ni yg bersemangat waja…selamber je merangkak dlm becak2 tu…ye la masa ni laa nak buat semua tu…dah ada peluang gunakan…(kata org yg suke aktivi lasak….bg yg jenis cover2 ayu tu….xde pun buatnya….) aktiviti habis dalam kul 12.30mlm…basah jugak laa baju aku kena baling bom air…balik bilik mandi balik laa nmpaknya….





esoknya plak kami kena buat flying fox & Burma bridge….aku mmg xcited nak buat ni…rasa Nak Terbang sebebas burung ….  Xhengat daa sakit2 dulu…mmg aku enjoy sgt…masa wat flying fox tu fun sgt rasanya….hilang segala masalah…yg Burma bride tu…abg marshall tu siap suh aku buat lagi sekali….sbb laju je aku meniti tali tu…..tp aku x sanggup sbbnya kena gunakan sepenuh tenaga masa nak naik tangganya tu…kena seimbangkan badan..klo x tanggau tu jadi senget sebelah… utk sesi ptg tu kami dibawa pusing pangkor & acara shopping…xbyk pun aku beli…just cukup2 syarat je… utk malamnya kami ada sesi bersama watashi….(samurai jepun) semua org perlu terlibat…aktiviti dlm gelap mcm2 gaya dia suh kitorg buat….tergelak2 dibuatnya bile tgk aksi masing2…lpas tu dinner & sesi karaoke…








hari last….pepagi lagi kami kena keluar dan kami kena masuk laut… Utk memukat ikan…memula tu semua org xcited la nak main air…jalan punya jalan…baru je dlm 10-15 langkah dlm air…kaki dah terbenam…berseluttt…!!!  Dalam jugak…berpeluh gak laa nak jalan dlam selut tu…lpas tu terpijak plak benda2 lembik….lagi laa menjerit-jerit org2 pompuan nya….(termasuk la aku…hehheh)  jalan lagi ke depan ok da lepas tu…. & kawasan nya cetek da…dan kat kaw tu laa kami tau benda2 yg lembik masa kami pijak tu adalah cendawan laut….bila kita terpijak je dia akan menguncup sampai la ke dalam permukaan pasir…senang cite smpai kita x nmpak dah dia…kami juga diberi peluang memukat ikan…mmg hasil yg cukup lumayan…sotong ada…ketam ada…ikan todak…ikan buntal pun ada…






selesai je memukat….aktiviti kumpulan…kami kena makan 2 biji tembikai sampai licin…xde pisau…xde apa pandai2 laa bukak tembikai tu…sebelum makan tu mcm2 halangan kena tempuh utk dptkan tembikai tu…kitorg kena :-
- masuk dlm selut amik tembikai ( org yg pegang tembikai tu perlu di angkat oleh ahli kumpulan sampai ke atas rumput
- semua ahli kumpulan kena merangkak dari rumput turun ke gigi air laut
- kena tanam sorg ahli kump dgn tembikai2 sekali….jdikan duyung
- pergi amik lg satu tembikai yg ada & kena makan sampai licin kedua2 biji tembikai tu….







Ni laa aktiviti yg aku lalui…mmg sgt seronok…bergembira…bergelak ketawa ramai..tambah2 plak ada yg klakar orgnya…mmg gamat laa sepanjang kat sana…thun depan klo ada nak pegi lg laa…hehheh


 ni laa tok penghulu yg gemar menyakat