Blog Ini AdaLaH TemPaT mElUahkAn peRAsAaN kU...LeBiH kEpAdA pEnGaLaMa Ku DaN jUgA cErItErA² aKu DaN fAmIlY kU...tIdAk TerliBaT DgN sEsIaPa Yg lAiN kEcUALi DiNyaTaKaN

jUtAAN tERiMa KaSiH juGa di UcApKaN kEpAda seMuA yAnG sUdI sInGgah Di bLOG yG X SEBeRApA NI...SeLaLu² LaAa SiNgGAh LaGi YE..

iklan best

My IG

Friday, May 9, 2014

Berakhirnya perjalanan sebagai BF Mummy...




Hari ni ...buat pertama kalinya dibekalkan FM pada pengasuh.....
waaaaa sedey.... impian utk 2y susukan auni termusnah sampai semalam je....


kita hanya mampu merancang.... tp Allah dah tentukan rezeki auni smpai disini je ......
stat bulan 4 susu ku merudum...dri 8-9oz... jd 1oz je.....
malam2 pun auni x puas minum.... klo dulu sebelah je dia boleh kenyang.. tp skrg kena bg dua2 belah... xtau apa yg salahnya.... makan dah ikut mcm biasa... kurma... kismis... air masak sampai 3...4.. liter sehari... sayur2 hijau dah makan.. supplement pun amik.... tp masih x jalan... production sgt2 mendukacitakan....
setelah beberapa minggu masih xnmpak yg susu akan kembali mcm biasa.... dan akhirnya persoalan ku terjawab bila hati ni tetiba nak buat UPT.... dan jawapannya positif....


pada mulanya mmg masih x bersedia...
baru je pikir nak rest dulu lpas auni ni.... tp rezeki yg Allah bagi xmampu di tolak.... akhirnya redha dgn pemberian ini...  stat dari tu mmg x pump dah.... just bagi auni DF memalam je... + berbekalkan stok susu yg ada dlm freezer..... genap sebulan akhirnya stok susu ku habis..... dan harini bermula lah auni dgn perjalanan susu formula nya....

Hanya mampu BF kan auni smpai 1y 5m saja........ lagi beberapa bulan jer lagi nak cukup 2y...tapi apakan daya ku.....


freezer ku di pagi hari ni...... =(
xpe.. thun depan bakal ku isi sepenuh2 yang mungkin......


ni stok susu yg penah penuhkan freezer satu ketika dulu.....


botol-botol yg dah disimpan..... in shaa allah bakal digunakan balik hujung tahun ni.....

ni la yg dihantar kat pengasuh pagi tadi...... 


dan ini lah susu yg aku pilih utk dibagi kan kat auni....



*sedey.... smbil taip sambil duk lap2 tisu kat mata nih..... buat masa ni klo nak tido auni still nak kena mengempeng jugak..... xsampai hati nak putus kan terus..... memalam still df auni... kalau dia still x kenyang baru top up FM....




Monday, April 7, 2014

Mr mama in the house...





ayu betul mak jemah sorg ni....
hahahha..
bonding time dgn anak-anak katanya.....

mr zuar tgh lipat kain mulanya... dia merungut sbb x reti lipat kain skirt aku yg kembang setaman tu... dah laa licin... sudah nya ini yg dia buat.... jadikan tudung... hurmm kecik gak kan pinggang ku..sbb muat-muat je muka mr zuar... hihihihihih 




ni la rupenya... mr mama ku... tq sayang.... 
nnti tolong lipat kain lagi ye... 

Friday, April 4, 2014

Kalsium Shaklee = OSTEMATRIX




Promo Ostematrix bulan ni.. beli 6 Free 1.. kalau xnk beli 6 tu pun boleh... nak beli satu dua tiga pun boleh.... jom kita kumpul order dengan kengkawan... adik beradik... sedara mara.. mmg jimat sgt2 ni.. rugi kalau x beli... terutamanya buat anda2 yang x minum susu langsung .....




1 tablet ostematrix shaklee bersamaan 
* 1gelas susu yang tinggi kalsium
* 80 biji badam


Ostematrix sebagai salah satu vitamin sepanjang hamil, berpantang dan bagi ibu2 yg Eksklusif Penyusuan Susu Ibu. Malah Ostematrix juga sangat bagus untuk mereka yang STRESS..!!


Antara manfaat Ostematrix

** Membantu dalam pembentukan tulang & gigi yang sihat **
** Mengelakkan penyakit osteoporosis (tulang rapuh) **
** Memulihkan kekejanga, kebas-kebas, sakit tulang belakang & simpul biawak (bagi preggy mommy) **
** Meringan stress - mengelakkan gejala mudah meradang & murung **
** Menstabilkan tekanan darah bagi memastikan tekanan darah berada tahap yg normal **
** Meringankan sakit ketika haid (Kelancaran saraf & pengecutan otot memerlukan kalsium yang mencukupi. Dengan kalsium yang cukup, kita tak mudah senggugut & rentasi air) **
** Membantu kekal bertenaga & bersemangat walaupun sibuk dengan urusan seharian (terutama bagi mereka yg bekerja) **
** Membantu masalah gastrix **
** Membantu dalam pengurusan badan **
** Membantu dalam mengatasi sembelit **


Siapa yang perlu Ostematrix??

❤ Mak ayah yang selalu sakit lutut, nak naik tangga susah, nak solat pun kena duduk kat bangku
❤Orang yang selalu kejang-kejang otot
❤Ibu yang menyusukan anak - Ostematrix membantu sebagai MILK BOOSTER dan lengkapkan keperluan kalsium
❤Ibu mengandung - untuk lengkapkan kalsium, elakkan kencing manis dan darah tinggi
❤Gastrix - ostematrix dengan B-coplex bantu kurangkan sakit gastrix
❤Orang yang x suka minum susu - utk cukupkan kalsium harian lengkap dengan vitamin D dan magnesium. (Dapatkan juga lain-lain sumber kalsium seperti brokoli)
❤Pesakit Diabetes - Tampung keperluan kalsium. Susu khas utk diabetes sangat mahal. Tak semua mampu nak beli lebih dua tin susu khas sebulan
❤Pesakit darah tinggi - utk kawal darah tinggi
❤Kawal berat badan - kekurangan kalsium turut  sebabkan program diet anda gagal
❤Yang pentingkan keperluan kalsium



Ostematrik sgt2 sesuai & diperlukan oleh ibu2 mengandung yg...

ஐ Selalu kejang @ krem di tengah malam hari
ஐ Mengurangkan sakit-sakit belakang 
ஐ Bantu mengurangkan kebas-kebas & sesemut
ஐ Menggantikan kalsium badan yang telah di serap oleh bayi (bile kurang kalsium.. selalunya ada ibu yang sering sakit gigi)



COD PUTRAJAYA


Sebarang pertanyaa, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di : 

SITI FAIRUZ BINTI ABDULLAH
SID : 1078661
Sms/Whatsapp : 018-2994889
Email : too50708@gmail.com
FB : https://www.facebook.com/pages/zuarcityshop/  sila klik LIKE utk info terkini



Thursday, April 3, 2014

Apa kelebihan mendaftar sebagai ahli Shaklee??



Beberapa hari lepas, Shaklee dah pun keluarkan amaran kepada semua agent Shaklee, "Harga ahli adalah khas untuk ahli sahaja" . "Mana-mana agent yang didapati melanggar peraturan ini, kan terbatal keahliannya". Jadi customer-customer yg mmg consume shaklee sepatutnya mendaftar sebagai ahli untuk terus dptkan shaklee dgn harga terendah. Ia tetap menjimatkan kalau daftar sebagai ahli, walaupun untuk makan sendiri tanpa ada niat nak meniaga pun... TAPI kalau dah ada niat nak berniaga & cari pendapatan sampingan mmg satu bonus laa tu... & sgt2 digalakkan....





Jom kita tgk secara ringkas, apa kelebihan yang shaklee tawarkan untuk mereka yang mendaftar sebagai ahli shaklee

Daftar untuk makan sendiri je : 
  • Layak membeli dengan harga ahli
  • Dapat berkongsi utk dapatkan produk promo (Cth: promo bulan ni OSTEMATRIX) dengan harga yg jauh lebih rendah dari harga ahli
  • Jika belian mencapai 150uv atau lebih ..layak utk dapat bonus pada bulan berikutnya... (mcm point kat jusco laa.. beli brg dpt point kan.. pastu point tu kita kumpul dan kita boleh tukar kupon baucer kan...) 

Daftar untuk Berbisnes : 
  • Peluang untuk mendapat Cash bonus pada setiap tengah bulan apabila jualan mencukupi 200uv atau lebih
  • Peluang untuk menikmati Car Bonus apabila cukup syarat yang ditetapkan
  • Peluang untuk menyertai Trip 6 bINTANG (Convention/Umrah) tajaan sempenuhnya dari Shaklee
  • Peluang untuk mendapatkan 8 jenis bonus lain yg di sediakan Shaklee untuk mereka yang layak (Cth: Bonus Leadership, Bonus Coordinator, Bonus naik Rank dll)

Teruja x....???
Percayalah... jika kita bersungguh-sungguh, x mustahil semua yg ditawarkan kan tu boleh jadi milik kita.... 

Tak pandai berbisnes,,,?? 
Malu nak Berniaga..??
Takde masa..??

Jangan risau.... semua yg berada dalam shaklee pada awal2 nya macam tu... yg penting kena ada keinginan yg kuat.. sistem yg kami gunakan dah terbukti berkesan dalam melahirkan pemilik income 2...3...4...5...6... angka...

Modal Permulaan cuma RM65 + RM10 postage starter kit
dah boleh mula kan langkah dgn shaklee... hari ni daftar terus boleh buat promosi...
Tanpa stok dah boleh berniaga.. sbb Shaklee ada sistem online... 
Nak beli stok.....
Nak register ahli baru...

tak perlu pergi Branch.... utk pengetahuan semua..... sejak register ahli bulan November 2013 sampai la skrg April 2014 ct masih belum menjejakkan kaki ke mana2 branch Shaklee .. sbb semua urusan secara online... senang kan.....!! just klik...klik... & klik.... itu saja







FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!


Shaklee ID : 1078661
too50708@gmail.com
018-2994889 (SMS/WhatsApp)

COD PUTRAJAYA



Wednesday, April 2, 2014

Hari Autism Sedunia





2 April setiap tahun adalah hari yang sgt istimewa.. Ia merupakan Hari Autism Sedunia. Manakala April pula adalah bulan Kesedaran Autism dimana sepanjang bulan ini, banyak aktiviti di jalankan oleh badan-badan tertentu untuk menyebarkan tentang Autism dan memberi kefahaman kepada masyarakat luar tentang 
"APA ITU AUTISM"

Kesedaran ini sgt penting untuk dipupuk di kalangan masyarakat agar kita tidak sewenang-wenangnya memandang serong kepada anak-anak Autism atau Ibu Bapa yg mempunyai anak syurga yg istimewa ini. Malah,selepas memahami apa itu Autism, kita mungkin akan lebih menghormati para Ibu Bapa yg terpilih ini dan kagum dengan mereka  

Kita perlu ambil tahu apa itu "Autism"....
Educate diri....tambahkan ilmu bukan hanya untuk diri sendiri tetapi juga untuk menyebarkan tentang pentingnya intervensi awal pada kanak-kanak yg dikesan mempunyai simptom-simptom ini. Ia boleh berlaku pada sesiapa saja.......


"AUTISM NOT A TRAGEDY.. IGNORANCE IS THE TRAGEDY..!!"





Ciri-ciri anak Autism adalah

1) Tidak Mampu Bersosial
a) Tidak menghiraukan orang lain
b) Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain,
c) Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap.
d) Tidak suka dipegangan, dipeluk atau dicium
e) Susah berkerjasama, berkongsi dan menunggu giliran
f) Lebih suka bermain sendiri
g) Tidak suka bermain yang menggunakan imaginasi

2) Tidak Bertutur dan Berkomunikasi
a) Lambat bercakap
b) Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang
c) Tidak boleh berkomunikasi dengan baik
d) Bercakap dalam nada yang pelik – seperti menyanyi atau bercakap macam robot
e) Sukar memulakan percakapan. Kalau berbual, hanya kepada satu pihak sahaja.
f) Mungkin mengulang perkataan yang sama tetapi tidak memahami maksudnya

3) Mempunyai Masalah Dalam Pemikiran dan perlakuan
a) Suka melakukan perkara yang sama/berulang dan tidak suka kepada pembaharuan. Mereka mudah terganggu apabila disuruh melakukan perubahan
b) Menunjukkan minat pelik, contohnay terhadap peta, peralatan elektronik, roda kereta dan objek berputar.
c) Sangat sensitif terhada bau, rasa dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan l=diluar kawalan.
d) Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang
e) Tidak boleh duduk diam
f) Menunjukkan keinginannya dengan atngan orang dewasa

4) Masalah Tingkah Laku
a) Suka mengasingkan diri. Biasanya kekecewaan ditunjukkan dengan tindakbalas negatif seperti mengamuk, marah-marah dan agresif.
b) Bersikap positif – tidak faham keadaan semasa dan keadaan baik dan buruk
c) Tidak tahu bersosial – jika melakukan kesalahan ianya sangat mudah dikesan
d) Aktif tetapi perangai pelik – kanak-kanak jenis ini suka mendapatkan perhatian orang lain dan biasanya mereka diejek atau dibuli kanak-kanak lain.



Tuesday, April 1, 2014

Kerja part time Mr.Zuar...



Haaa jangan x tau... mr zuar skrg ni.....
Jadi orang kuat orang filem..... wahhhhh gitu....



bonzer shuib tau...!!!
tgk tu komain peluk lagi diorg ni.... 
kecik jer sebenarnya shuib ni ... mcm aku ;lagi tinggi jer.... oppss.. huhuhuh



kejadian pagi tadi sebenarnya.... 
di sek zikry.... shuib & jihan buat pengambaran kat situ.... ehehhe aada cerita di sebalik gmbr mr zuar dgn shuib ni....

memula tu mr zuar wasap pic 1 ....
& bgtau yg ada pemggambaran kt situ... 
awak pun pe lagi suh la amik gmbr dekat2 sikit.... dan 


Cer baca kat bawah ni sambungan dia.....


akhirnya... setelah puji + cabar kata peramah... trus g amik gmbr ngan shuib... huhuhu
tp x dpt amik dgn jihan katanya... sbb tgh makan

* tp kan... mmg mr zuar yg lagi terserlah dr shuib





posted from Bloggeroid

Friday, March 28, 2014

Putrajaya Hot Balloon 2014




pagi tadi kami singgah kat sini kejap... bwk anak2 tgk belon... x naik pun.. just kat tepi2 je... nak g sabtu ahad kompom ramai... lg pun kami otw balik kg PD ni...

* org2 PD kalau nak order SHAKLEE meh sms/whatsapp ct 018-2994889... leh jmpa COD je...

*esok pulak in shaa allah akan ke Kuala pilah... yg nak COD kat pilah pun leh contact ct yerr...





ralit anak dara ni tgk belon....
posted from Bloggeroid

Thursday, March 27, 2014

Selsema sebelum operation adalah bahaya



Dalam entry Zikry operate telinga aku ada tulis yg doktor dah pesan supaya anak 

x demam
x batuk
dan yang paling penting x selesema


kalau semua ni ada sebelum operation kena tukar tarikh....  

walau pun minor operation.. tahap kesihatan pesakit mestilah baik.... menurut pakar bius, operation yg memerlukan bius penuh walaupun cuma buat minor operation jer ...ia nya tetap berisiko.. sebab pesakit akan diberi bantuan mesin penafasan...  sebarang kemungkinan boleh terjadi terjadi apabila kita ditidurkan.... dan ada yg telah meninggal akibat bantuan penafasan x sampaii .....


ni la contoh gambaran apabila dah di bius penuh & menggunakan mesin penafasan...





ni la contoh cara utk masukkan tiub bg bantuan penafasan.....  kalau tgh selesema bila2 masa je saluran tu boleh tersumbat.... dan akan menghentikan penafasan kita....



"baru-baru ini Damai ditugaskan berada di bahagian pembedahan tulang... pembedahan pertama akan dijalankan pada seorang kanak-kanak 8 tahun... Bila Damai "check" kanak-kanak itu ternyata dia sedang demam beserta batuk dan sakit tekak... Ini meletakkan pesakit di zon bahaya jika pembedahan diteruskan kerana salur penafasan kanak-kanak sgt sensitif dan boleh menjadi sempit secara tiba-tiba sahaja... ditambah dengan masalah kesihatan itu, risiko salur penafasan sempit itu akan automatik jadi berganda.... bila sempit, susah utk oksigen masuk ke dalam badan, dan akibatnya pesakit boleh mendapat kecacatan otak... maka, atas bantuan pakar, pembedahan itu terpaksa dibatalkan dan di tunda sehingga kanak-kanak itu benar-benar sihat...."

Sumber :  Dr Damai



Wednesday, March 26, 2014

Baju teletubbies







ni la dia hasil rembatan kat Pregnancy, Children and Baby Expo, PICC
4 pasang = RM30 murah kan... nak pakai tdo jer pun... 
beli ni pun sebab auni x suke pakai stokin time tido...sbb tdo dlm aircond... lagi satu sebabnya senang sbb 1 set je dri atas ke bawah... huhuhu xpayah banyak kain baju nak sidai kalau basuh nnti... heheheh




rompers kain towel okey... heheh 
xpanas pun.. sedap & sejuk je pakai nya.... rasa mcm teringin jer nak pakai....
 tapi ada ke saiz org dewasa ???  huhuhuhuhu



semalam trus pakai je baju lagi satu.... sekali pandang terus nmpak mcm teletubbies.. tinggal sarung costume kepala jer lagi..
headband tu pun beli smlm gak.. dari atas smpai bawah suma baru....
tp sian plak kt abg zikry.. langsung xde baju utk saiz zikry... 
dia ni tinggi... klo silap beli senteng baju tu klo dia pakai....



amboi dua beradik ni posing... 
kalau bergaduh mmg auni menang....auni kuat menggigit... bile abg lari auni peluk kaki zikry supaya x leh bergerak & terus gigit abg.... zikry mmg xkan melawan.. dia akan menangis & menjerit sebut "mama...mama... tgk adik..." penah gak suruh zikry marah adik... dia akan balas balik apa tau....
"x nak la..... x nak...."  hurmmmpp mmg bagus dia mcm tu... sbb xkan pukul adik.. tp yg merisaukan klo kat sekolah.. ada la 2 kli dia balik rumah ngadu sakit...sakit.. bile tnya kenapa dia jawab... "kawan...." alahai anak syurga ku... hati nya mmg xde langsung sifat negatif...... dia x kenal erti dengki..busuk hati.... marah.. jiwanya penuh dgn kasih sayang...


Tuesday, March 25, 2014

Pregnancy, Children and Baby Expo

Rehat t/h ni ni merajinkan diri ke PICC... hari last utk Pregnancy, Children and Baby Expo 
dri mggu lepas ni kali ke 3 aku g ke sana.... 



Jumaat & ahad g Book Fair.....



hari ni punya kejadian..... tujuan utama mencari baju auni....



ni jela yg dpt dirembat.... bju2 dia mcm sma jer hrga kt on9.... lg pun x byk pilihan... mom&baby expo lg best kot...



disebabkan x byk yg best lpas beli 2..3.. baju auni (beli jugak walaupun x best kan) ...
aku duduk je dpan stage sementara tggu mak buyung tersangkut kat booth Grolier..malas nk g dengar.. takut tersangkut gak... huhuhu


posted from Bloggeroid

Perginya MH370 tak akan kembali





Semalam dalam pukul 10mlm PM telah memanggil semua wartawan utk membuat PC berkenaan status terkini MH370...  akhirnya genap 17 hari misi pencarian ... PM telah mengesahkan pesawat Malaysia Airline MH370 telah terhempas di Lautan Hindi yang kedalaman nya 3.6km kebawah


Ini gambaran kedalaman lautan hindi...if ada yg terselamat pun...xkan dpt bertahan lama sampai 17hari.... 








Takziah buat semua ahli keluarga penumpang & anak kapal MH370... AL-FATIHAH buat yang beragama Islam.... 
DariNYA kita datang.... Kepada NYA kita kembali...




masing2 masih tertnya-tnya... dan persoalannya 

kenapa dan macam mana boleh berada di Lautan Hindi?
Apa sebab ianya boleh terhempas...?
Adakah Hijack @ masalah teknikal dalam flight...?


Terlalu banyak spekulasi berkenaan kejadian ni.... walau mcm mana sekali pun jom kita sama-sama doakan agar KOTAK HITAM cepat di temui agar terungkai segala persoalan yg terjadi keatas MH370....  serta doakan para penyelamat juga untuk mengeluarkan kesemua mangsa...





Thursday, March 20, 2014

Saya adalah Shaklee Independent Distributor




Ehem ... Ehem... dengan ini..
saya mengumumkan.....

Saya adalah Shaklee Independent Distributor yang SAH
ID : 1078661




Buat kengkawan yang berada di PUTRAJAYA
boleh laa kita berjumpa .... utk COD ye...


kenapa pilih SHAKLEE??

Salah satu nya sebab aku adalah pengguna SHAKLEE.... bile dah guna harus laa jd ahli yer x... bile dah jadi ahli... apa lagi boleh laa lebarkan sayap dengan tambah pendapatan sampingan.... sambil tu kita menjaga kesihatan sendiri... bukan sendiri je.. satu family.... mak....abah.... mr zuar.... & zikry suma amik shaklee... auni jer x.... tp disebabkan aku bfkan dia.. jd dia dpt laa tempias nya jugak kan.....


mmg dah buat testimoni kat diri sendiri dulu.. baru berani nak jual kat org kan...
testi yg dah cuba....

set kurus..Lecithin + Alfalfa
dlm sebulan turun 2kg...

set menyusu ESP + Alfalfa
dlm seminggu amalkan.. alhamdulillah susu yg penah merudum.. terus naik balik seperti sedia kala

tambah tenaga ESP + Vita-lea
amik ni sebab selalu mengantuk kat opis.... dlm bile amalkann... mmg x mengantuk... badan pun bertenaga sampai ke malam....


Kelebihan jadi ahli SHAKLEE??

1) Register RM65+RM10(Postage Kit)
2) Tak de istilah Modal ribu riban
3) Tak wajib cari downline sekian2 utk layak bonus..
4) Takde istilah, cari 1 downline, Shaklee byr sekian2.. TAKDE YE....
5) Cash rebate based on % yang sangat byk..
6) Car Bonus.. 
7) Convention Bonus..
Tak turun rank
9) Support group yg sangat kuat
10) X perlu jmpa org kerana pembelian shaklee boleh dibuat secara ONLINE (Anda order pada HQ...HQ akan terus poskan kepada customer anda)

Eh.. Eh.. Byk sgt nak list.. Cukup2 smpi sini.. Nak tau lg yg best2.. Pm sy ok


nak jadi ahli jugak??
 meh tgglkan komen kat sini....
PM kat FACEBOOK

SMS/WHATSAPP kat no 018-2994889


Atau yang mana nak register terus kat branch shaklee... boleh pakai ID : 1078661 sebagai penaja korang.... sbb kalau pergi gitu je tanpa penaja mmg x boleh jd ahli... so aku benarkan kalau nak amik ID : 1078661 utk korang semua...






Ramadhan lagi 100 hari






Baru jer letak widget kat side bar blog...
pejam celik.. pejam celik lagi 100 hari je lagi...
puasa x berganti lagi ni.....

moga sempat utk bertemu kembali dengan RAMADHAN tahun ni...
In Shaa Allah....




Wednesday, March 19, 2014

Zikry operate telinga



Setelah sekian lama ....
akhirnya kami decide & bersetuju dgn cadangan doktor utk operate telinga zikry... mmg tarikh pun doc bagi secepat mungkin... sbb dah lama sgt.. asal check je.. gegendang telinga dia berair... walaupun doc dah bekalkan ubat tanpa putus.... maka tarikh 11/3/2014 telah doktor pilih... pesan doktor pastikan anak 

TIDAK DEMAM
TIDAK SELESEMA
TIDAK BATUK


kenapa telinga zikry kena operate??

start dari situ lah bermula apoiment zikry dengan ENT @ AUDIOLOGI 
oleh sebab tu... doktor akan masukkan satu tiub kat dua-dua belah telinga zikry nak bg gegendang dia kering...

Surat arahan utk pesakit yg akan menginap kat DAYCARE Hospital Putrajaya



Pada tarikh kejadian kami dah terpacak kat Hospital putrajaya dlm kul 7pg... auni pun terpksa la hantar awal kat pengasuh... smpai2 je hospital kena daftar dulu kat kaunter kemasukan wad... lepas tu kami akan ke Daycare hospital kat tingkat satu.... Daycare ni utk pesakit2 yg ditahan tetapi x bermalam kat hospital... selalunya yg buat minor operation & baby yg ada alergik telur diorg check in sekejap selepas enjection setahun 


org 1st nak check in hari tu....




sementara tunggu doktor bius bagi penerangan ...bg la dia tab.. kalau x. mmg 1 wad tu dia akan pusing & berlari.... 



ni setelah dpt penerangan dan menunggu giliran....
zirky adalah pesakit yg no 2 nak di bedah.. mereka dulukan budak2 & ikut umur... kalau ikutkan zikry no 3.. dan di sebabkan baby yg umur 1y tu x dtg.. jd zikry dpt la no 2... (mereka utamakan budak2 sbb kesian kat budak2 ni dah berpuasa dari kul 10 malam sebelum tukan...) dlm pukul 10.30pg nama zikry di panggil utk ke bilit OT...





sepanjang perjalanan nak ke bilik OT ... tab tu x lepas kat tangan.... bile mntak mmg x kasi..di peluknya kuat2...


papanya yang temankan zikry smpai ke dalam.... sebab mamanya ni terpaksa menjalankan tugas utk auni juga..... mr zuar ikut smpai laa zikry di bius.... mengikut mr zuar..zikry meronta2 masa nak bg gas tu...dia meronta smpai laa dia tertido.. hukhuk kalau laa mamanya ni yg tgk kompom2 dah berjurai air mata ni menitik......



ni la tugas utk auni yg xboleh ditinggalkan & dilupakan.... mr zuar masuk kedalam aku terus pergi surau mulakan operasi....

operation habis dlm pukul 12.45 t/h lebih kurang 2jam zikry dlm tu....
zikry di tempatkan kat bilik pemulihan sementara nak ke wad daycare... tetiba nurse panggil aku masuk.. skali tgk zikry dah meronta2... menangis2 ...2 org nurse tgh pegang dia... zikry menangis sebut... "papa...papa.... mama...mama..." katil kiri kanan dah kena sendal dgn bantal... takut jatuh kata nurse.... agak terkejut jugak sebab zikry boleh sedar secepat tu...walaupun di bius penuh.. bile aku dah pujuk2 dia trus dia tertido balik... yg ayat paling terkesan zikry sebut masa nangis2 tu "papa..... nak ikut....!!" 
agaknya masa dia tgh mamai2... lepas bg ubat bius tu dia nmpak papa dia tgglkan dia kot....  (waaaaa time tulis ni pun mata dah masuk abukk dah...  )




ni kat daycare...baru sedar... kebetulan waktu melawat. dpt laa wan & atuk masuk tgk...
sian anak mama... kecik2 lagi dah operate... =(

bile zikry sedar ....nurse suruh minum air kosong dulu .. lepas tu makan aiskrim.... dah habis aiskrim baru lah amik bubur..... nak tgk muntah ker x.... alhamdulillah zikry makan semuanya dgn penuh selera dan x muntah.. yer laa puasa kot... tnpa sebrang makan minum dri 10mlm sebelum tu.... ada gak dia bising lapar...lapar... sebelum operate tu... tp nk buat mcm mana... doktor suh puasa...


cer tgk tu... mcm x sakit jer kan.... perut dah penuh..dah kenyang.. dia bising nak tab... menangis la kat situ....


ni masa tggu doktor check sebelum balik... mcm org sihat walafiat je... 
tp sesekali tu ada gak dia ckp sakit...sakit...



malam tu tgk telinga dia keluar darah... seriau gak bile tgk mcm tu... zikry mmg dah fobia... nak lap pakai cotton bud pun dia xnak....


*telinga zikry langsung xde kesan operate...mmg x usik apa2 pun...xde lobang...xde kesan jahit... doktor buat kerja dia semunya melalui lubang telinga yg kecik tu je.... mcm mana laa kan diorg buat keja dlm tempat yg sempit gitu... mmg perlu kesabaran betul lahh....






Create your own banner at mybannermaker.com!