2 April setiap tahun adalah hari yang sgt istimewa.. Ia merupakan Hari Autism Sedunia. Manakala April pula adalah bulan Kesedaran Autism dimana sepanjang bulan ini, banyak aktiviti di jalankan oleh badan-badan tertentu untuk menyebarkan tentang Autism dan memberi kefahaman kepada masyarakat luar tentang
"APA ITU AUTISM"
Kesedaran ini sgt penting untuk dipupuk di kalangan masyarakat agar kita tidak sewenang-wenangnya memandang serong kepada anak-anak Autism atau Ibu Bapa yg mempunyai anak syurga yg istimewa ini. Malah,selepas memahami apa itu Autism, kita mungkin akan lebih menghormati para Ibu Bapa yg terpilih ini dan kagum dengan mereka
Kita perlu ambil tahu apa itu "Autism"....
Educate diri....tambahkan ilmu bukan hanya untuk diri sendiri tetapi juga untuk menyebarkan tentang pentingnya intervensi awal pada kanak-kanak yg dikesan mempunyai simptom-simptom ini. Ia boleh berlaku pada sesiapa saja.......
"AUTISM NOT A TRAGEDY.. IGNORANCE IS THE TRAGEDY..!!"
Ciri-ciri anak Autism adalah
1) Tidak Mampu Bersosial
a) Tidak menghiraukan orang lain
b) Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain,
c) Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap.
d) Tidak suka dipegangan, dipeluk atau dicium
e) Susah berkerjasama, berkongsi dan menunggu giliran
f) Lebih suka bermain sendiri
g) Tidak suka bermain yang menggunakan imaginasi
2) Tidak Bertutur dan Berkomunikasi
a) Lambat bercakap
b) Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang
c) Tidak boleh berkomunikasi dengan baik
d) Bercakap dalam nada yang pelik – seperti menyanyi atau bercakap macam robot
e) Sukar memulakan percakapan. Kalau berbual, hanya kepada satu pihak sahaja.
f) Mungkin mengulang perkataan yang sama tetapi tidak memahami maksudnya
3) Mempunyai Masalah Dalam Pemikiran dan perlakuan
a) Suka melakukan perkara yang sama/berulang dan tidak suka kepada pembaharuan. Mereka mudah terganggu apabila disuruh melakukan perubahan
b) Menunjukkan minat pelik, contohnay terhadap peta, peralatan elektronik, roda kereta dan objek berputar.
c) Sangat sensitif terhada bau, rasa dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan l=diluar kawalan.
d) Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang
e) Tidak boleh duduk diam
f) Menunjukkan keinginannya dengan atngan orang dewasa
4) Masalah Tingkah Laku
a) Suka mengasingkan diri. Biasanya kekecewaan ditunjukkan dengan tindakbalas negatif seperti mengamuk, marah-marah dan agresif.
b) Bersikap positif – tidak faham keadaan semasa dan keadaan baik dan buruk
c) Tidak tahu bersosial – jika melakukan kesalahan ianya sangat mudah dikesan
d) Aktif tetapi perangai pelik – kanak-kanak jenis ini suka mendapatkan perhatian orang lain dan biasanya mereka diejek atau dibuli kanak-kanak lain.
No comments:
Post a Comment