Blog Ini AdaLaH TemPaT mElUahkAn peRAsAaN kU...LeBiH kEpAdA pEnGaLaMa Ku DaN jUgA cErItErA² aKu DaN fAmIlY kU...tIdAk TerliBaT DgN sEsIaPa Yg lAiN kEcUALi DiNyaTaKaN
jUtAAN tERiMa KaSiH juGa di UcApKaN kEpAda seMuA yAnG sUdI sInGgah Di bLOG yG X SEBeRApA NI...SeLaLu² LaAa SiNgGAh LaGi YE..
jUtAAN tERiMa KaSiH juGa di UcApKaN kEpAda seMuA yAnG sUdI sInGgah Di bLOG yG X SEBeRApA NI...SeLaLu² LaAa SiNgGAh LaGi YE..
iklan best
My IG
Thursday, August 11, 2011
adik ogy rupanya...
ada sesiapa ikut citer RAMADHAN TERAKHIR?
aku baru je dlm 3 episod kot ikut cite ni..trus terjatuh hati nak mengikuti nya...& watak pn mazni mmg membuatkan aku minat nak ikutinya....1st time tgk dia berlakon trus aku tertnya-tanya...siapa dia ni? aku x penah nmpk dia berlakon pun sblum ni....mmg menjadi lakonan dia...dia mampu membuatkan aku geram tgk watak tu...naik menyampah pun ada...
baru laa semalam persoalan ku terjawab...aku ni ketinggalan rupanya...hehhe dia ada lah adik kepada ogy....namanya fazlina ahmad daud...dan dia jugak penah berlakon dalam beberapa drama..tapi dia x la seaktiv akk nya ogy...kerna dia juga mnjalankan perniagaan online...jom kita terjah bloghop dia kat sini BabyFaz
ni ada serba sedikit biodata dia
Umur: 36 tahun
Tarikh lahir: 5 Jun 1975
Adik beradik : anak ketiga dari 3 beradik
Pendidikan: Pernah bersekolah di Sekolah Rendah Pintu Klang, dan dari tahun 1988 hingga 1990, Sekolah Menengah Lembah Keramat dan sekolah Menengah Taman Melawati.
Perkahwinan: Berkahwin dengan Nahar Ludhfi Dato ‘Johari ( anak Dato Johari Salleh, pengarah muzik RTM.
Anak: Nur Fatihah 17 tahun, Muhammad Hamzah 16 , anak kembar Muhammad Nazmi, dan Muhammad Fahad 13

zikry pun nak puasa....
semenjak di awal ramadhan lagi zikry
sibuk...sibuk nak puasa..ehh yeke??....sekecik ni dah pandai nak berpuasa? biar betik kan...
dia sebenarnya sibuk bersahur gak...sepanjang berpuasa ni...dah byk kali dia bangun sahur gak...hari 1st puasa dia yg duk kejut kan mama n papa dia ni...kul 4.30pg dia boleh bangun...aduhai..xdpt la mama nya ni nak tido sekejap lpas sahur...ehehehhe
Wednesday, August 10, 2011
nak masak ape yer..?
kalau dah memangku jawatan sebagai seorg isteri mesti tiap2 hari duk pikir apa nak masak hari ni....
tambah2 lagi bulan puasa ni...semuanya nampak sedap...suma nya teringin makan...nak beli kat bazar kekadang tu nmpak je sedap tapi...rasanya....pham2 je la kan...ada yg sedap...& ada yg xde rasa langsung...tawarrr....!!!
bagi kaum2 isteri yg bekerja tu balik keja je...trus ke dapur..tanggal tudung terus je stat masak...kalau hari2 keja tu mmg masa x cukup rsanya....jadi hari ni aku nak kongsi salah satu resepi yg cukup simple..tabur2 je...tutup & letak atas api....haaa senang jer...budak pun boleh buat....resepi nya di beri nama...
AYAM COKE @ COCA-COLA
* ayam
* coca cola (rendam smpai ayam tu tenggelam)
* 3 batang serai (diketuk)
* 4 inci halia (diketuk)
Cara-cara
1. Ayam dibersihkan kemudian lumurkan sedikit garam dan susun dalam pan yang ada penutup.
2. Aturkan halia dan serai yang telah diketuk di atas ayam.
3. Tuangkan coca cola ke atas ayam tadi. Nyalakan api gas sederhana kecil. Sekali sekala kautkan air cola dan simbah ke atas ayam. Masak sehingga air cola hampir kering. Hidangkan bersama nasi.

dan ini lah hasil nya....makan dgn nasi ayam pun sedapppppp....!!!
diet di bulan puasa...?
Salam semua...
hari ni dah masuk hari ke sepuluh berpuasa....amacam berat badan ada turun ka???
ehheehe aku sendiri pun x menimbang xtau laa cmne progress nya...tp sepanjang berpuasa ni aku mengikut
diet mr zuar...hehehh x makan nasi....itu pun bru 3 hari x sentuh nasi...tp semalam nak x nak terpaksa gak sentuh nasi ...kerna dek syg kan nasi tu berlebih masak utk zikry...xkan nak buang pulak...nnti nangis nasi tu...mr zuar je stakat ni bertahan x makan nasi...& nmpk sikit laaa penurunan peyutt dia...ni yg buat aku jeles ni...peyut aku ni payah benar nak turun nya...jdi hari ni kerna say no jugak kat nasi....i can do it....!!!!!
ce wahhh...semangat tu perlu kan....
ok laa ni je celoteh di pagi hari....SELAMAT BEKERJAAA...!!!!
Tuesday, August 9, 2011
selamat berbuka.....
tetiba hati meronta-ronta nak tulis sesuatu kat blog
setelah menyepikan diri buat seketika...
apa-apa pun aku nak wish SELAMAT BERBUKA kepada seluruh umat islam...
heheh..x byk pun aku nak tulis...nak balik umah da ni...time puasa ni mna bleh balik lambat....
Friday, June 17, 2011
DOT DOT DOT........
Memang aku gunakan peluang yg ada....kt kg ni la aku dpt wat ni semua....esoknya pula kul 10 aku tangan ku dah sibuk cari bahan lagi...bahan suma mmg dah beli skali masa nak wat "si M" tu...tinggal buat je lagi... kali ni aku main dengan warna plak...abis warna warni aku wat...jadi korang laayan je laa gmbar ni ye
x bulat sebab aku x masukkan dlm bekas lompang...lagi pun cup kecik da abis plak tu yg pkai cup besar...cepat sikit abisnya...bile skali tgk da macam telur dainasour plak da...yg mcm dlm game dynamite...hehhe
3 biji telur
275 gm tepung gandum
200 gm gula halus
150gm susu segar (fresh milk) . Boleh juga ganti dgn susu sejat
3 sudu teh baking powder
1 sudu teh ovallete
Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
Pewarna & Esen Vanilla
Cara-cara
1.Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa
2.Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
3.Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang. Saya guna acuan tart , kawan saya guna acuan apam..boleh je mana2..asalkan berlapik
4.Picitkan blueberry filling secukupnya
5.Picitkan lagi adunan sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan
6.Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit
7.Jangan buka api besar semasa mengukus. Nanti merekah
8.Boleh tukar filling (inti) apam ni dengan inti pilihan contoh : sekaya, strawberry, jem, peanut butter, coklat, orange filling dan apa2 yg anda suka..

cubaan kali pertama
tetiba mood nak membuat "si M" ni meluap-luap.....salah satu sebabnya hjung mggu aku di kampung...peralatan mebuatnya suma kt sana...(lama benar x balik rembau, hampir 3 bulan kot....) jdi jumaat mggu lepas kat opis keja aku adalah meng"google" resepi.....puas gak aku cari bru jumpa...sbb x ramai yg kongsi resepi...majoriti kongsi gmbarnya je yg berwarna warni tu....google nya google baru laa aku tau nak membuatnya mmg laa susah...byk pantang larang nya...xleh kacau lebih2...suhu oven pun x leh sebaranagan...mmg sensitip "si M" ni...patut laaa rega nya cecah puluh2 utk beberapa keping je....cerewet "si M" ni sebenarnya...haaa...cuaca juga main peranan tau...x leh di buat masa cuaca sejuk (malam & hari hujan)....cuba korang bayangkan....dah syok2 tgh bancuh adunan..tetiba hujan......pe nak wat....?
pepagi sabtu lagi aku dah ke kedai mencari bahan...dalam kul 1.30ptg tu aku stat laa membuat nya....ye la utk 1st time buatkan...terkial2 la jugak bile nak men"dot" "dot" kt kat atas dulang tu...xde laaa secomel mana pun...ada bentuk bulat2 tu kira ok laa... mcm ni laaa jadi nya...
byk ni je dapatnya utk 1 adunan...dlm 50pcs je....
ni laaa hasil nya....xde laaa jd sgt...tp rsa dah ada...rupa bentuk je lain sikit...huhuh kaki dia xde & permukaan nya x licin x mcm yg dalam gmbr ni....yg bulat merah tu laa dinamakan kaki @ skirting nya....yg berlubang2 mcm kena makan semut tu....
*tp kira ok laa kan bg cubaan 1st utk org yg buat tanpa ada cekgu kan.....
Bahan-bahan (untuk shell):
2 biji telur putih (saiz L) (80 g)
60 g gula kastor
80 g serbuk badam
100 g gula aising
3 sudu besar serbuk koko
* Jika tidak mahu warna dan perisa coklat, masukkan esen vanilla dan pewarna serta perisa kegemaran sendiri.
Filling:
* Ikut citarasa sendiri. aku letak peanut butter je.
Cara buat:
1. Ayak serbuk koko, serbuk padam & gula aising. Ketepikan.
2. Pukul telur putih sehingga gebu dengan kelajuan maksima. Masukkan gula kastor. Pukul lagi sehingga telur bertanduk dan jika diterbalikkan tidak jatuh.
3. Masukkan bahan yang diayak ke dalam meringue tadi sedikit demi sedikit. Kaup dengan spatula.
4. Masukkan ke dalam piping bag. Picit ke atas dulang yang telah dialas dengan baking paper (baking paper ini telah dilakar menggunakan syiling 20 sen dengan jarak 3 cm serta diterbalikkan). Ambik pencungkil gigi, pecahkan mana-mana gelembung udara yang terbentuk di permukaan macaron. *atau pun hentakkan sedikit dulang pembakar hingga adunan yang dipaipkan itu sedikit rata.
5. Rehatkan adunan ini selama 30-45 minit sebelum dibakar atau sehingga disentuh ia tidak akan melekat di jari.
6. Bakar dalam oven pada suhu 140-150°C bergantung pada oven masing-masing. Saya guna oven Pensonic AE-11N, api bawah sahaja, suhu 140°C selama 10-15 minit. Sejukkan sebelum letak inti.

ni pantang larang dia
- buat masa cuaca panas
- jgn ada sedikit minyak/ butter pun kat alat pemukul n mangkuk dia. mangkuk plastik kurang sesuai digunakan
- utk meringue yg putih bersih, elakkan mangkuk stainless steel\
- pukul putih telur perlahan dulu, kemudian baru llajukan
- lepas dah naik, jangan mandai2 nak menambah pukullan, nanti dia mendap balik dan kene start balik
- lepas dah bertanduk, gunakan terus.. jgn masa tu la sibuk nak ayak badam
- kaup balik je putih telur tu kat badam + gula tu, jgn pukul lagi
- picitkan adunan dgn jarak sesuai sbb dia akan mengembang
- buang udara kat atas dia tu, lepas dipicit
- biarkan 30-45 minit utk keraskan shell dia
- ketuk2 sikit bawah dulang tu utk buang ruang udara
Tuesday, May 10, 2011
zikry on stage
awal thun hari tu aku try send gmbr zikry utk contest PARENTHOOD COVER STAR...dan alhamdulillah zikry terpilih sebagai top 20 ...aku yg heppy lebih..hehhe
dalam pertengahan bulan april TODAY PUBLISHING kol & inform aku utk dtg bawa zikry audition kat expo MOM & BABY (malaysia's largest parenting expo)...& pihak TODAY PUBLISHING bgtau aku siap apa yg perlu buat on stage nnti...
Hari sabtu 7 Mei kami awal2 lgi dah sampai mid & setelah register semua...masa menunggu utk naik stage...lepas bg zikry minum & makan kenyang-kenyang...dia buat perangai sbb dah mengantuuk laa pulak...nasib baik dapat no awal... sementara tunggu giliran tu zikry dah byk kali nak naik tangga stage...aku bwk balik dia turun...letih acikkk....dan masa naik stage dia ok lagi..masih boleh pimpin tangan...bile aku dah pegang microphone dia dah sibuk nak lepas...nak xnak terpaksa dilepaskan kalau x dia akan menjerit & dia boleh pusing2 atas stage sambil tu aku cerita sikit pasal zikry....aku yg dah gabra & x keruan dengan pergerakan zikry...aku just inform nama ku, nama zikry,tarikh lahir zikry & pebret kartun dia...tetiba kepala aku buntu...hehhe..dan trus amik zikry bwak ke depan juri utk interaksi sikit dgn juri....tp dia xmo buat...sabar je laa...kalau kat umah tu x suruh pun dia beria-ria membuatnya...lepas tu trus laa bwak dia turun...bile dia nampak je aku nak turun stage dia boleh rebahkan badan kat situ...& aku pun terus laa dukung dia sbb peserta lain nak naik...dia pun apa lagi....menjeriitttttttttttttt laa sekuat hati...waaaa malu acikkkkkkk...dan trus bwak dia ke belakang stage...ha aku lepas kan dia...hah nak lari sgt...lari laa sepuas hati zikry....mmg lama aku kt blakang stage tu..duk layan dia...
bile tinggal 3 org je peserta...tup tup zikry poo poo plak...aduhai...nak x nak bwk dia ke toilet...melepas laaa lagi kitorg naik stage dengan semua peserta...da settle kan zikry..aku baru je duduk nama dah kena panggil dpt no4...alahai satu je lagi...klo zikry x wat perangai agaknya mesti ada chan kan...huhuh..tp syukur gak saguhati pun dapat jugak hadiah kan...
* tp sayang....mr zuar ku x byk amik gmbr...masa aku g amik hadiah pun dia leh pandang je sabo jer laa...katanya xcited lak bile dgr dpt no.4
Thursday, April 14, 2011
SOYA LUDAH-seksyen 16 Bangi.flv
sila berhati-hati ye kalau nak beli air & makanan kta tepi jalan...
sebelum ni mmg ada dengar cite pasal ni..hari ni baru terjumpa video ni...jadi..aku rasa bnda ni mmg patut di hebahkan supaya xde laa lg yg terkena dgn perbuatan org mcm ni....ni mesti nak mandrem ni...
Monday, March 21, 2011
International Hot Baboon Fiesta
opppsss....hot baboon...???
ape tu...? hahahah...xceli bukan hot baboon...tapi hot baloon.....
kami pegi hari sabtu hari tu...kebetulan awin pun datang umah hari jumaat...so bwk laa dia sekali...igtkan nak terpacak kat sana kul 7 tapi aku terlewat bangun lak.. sediakan sarapan & trus siap2 kami gerak dalam kul 8.20pg.. rezeki kami kot...smpai2 je trus ada parking..
smpai je kat situ...1st reaksi zikry adalah melopong...hahahha dia pelik kot..apa laa benda besar depan mata dia ni....cuaca baik...mendung je...jadi xde laa panas sgt nak berjalan....kami just berjalan2...pusing dgn family en kerol & akk zuraidah.... nak naik belon mcm malas je...coz nak kena beratur..
dalam kul 11.30 kitorg pun gerak balik....org pun dah mula ramai & sesak...tp kesian kat diorg yg baru smpai...coz x dpt tgk belon tu..sbb dia ada dlm awal pagi kul 7 & ptg start balik dlm kul 5...xpe next time dtg awal2 yer...
*teringin nak naik helikopter hari tu...tpi mahal nya...dlm rm150-180 klo x silap...sekali naik...jadi hnya mampu pndang
pic bawah ni mr zuar g ptg semalam naik moto...."bawak keta susah parking" katanya
Thursday, March 17, 2011
betul ke ada leaking...?
berikutan pengharaman botol polikarbonat..kami pun dah jadi antara salah satu parents yang mencari botol baru untuk anak masing-masing...slama hampir 1thun 7bulan kami mmg x penah beli kan botol yg mahal2 ni...niat di hati mmg nak..tp papa nya kata mahal..tapi bila keluarnya kenyataan dari kem.kesihatan pasal bahaya botol tu..kami ni sbgai parents yg mmg take action la pasal ni...kesihatan anak kan...sapa yg x risau..tmbah2 lagi botol yg sedia ada zikry pakai mmg botol yg diharamkan....
jadi balik je keja smlam aku siap2 trus gerak ke bangi...memula tu g al-ikhsan...nak cari kasut...dalam masa yang sama zikry plak "membuangg" kt dalam kedai..xsempat laa papanya nak cari ksutnya...(tapi nasib baik sempat rembat utk mamanya...hehehhe) dan lepas tu kami trus berkejar ke shell ..bukan pe..tkut kena suar zikry..dia nya "puu puu" byak..tkut tembus...hehe..
Da settle mewangikan zikry...kami terus ke manjaku cari botol..ramai gak yg tgh mncari botol..ada 2 3 pilihan dan aku pilih nak beli avent...mmg idaman gak ni...sejak zikry dlm perut lagi...tp ada member kata "kenapa x amik mum...coz avent ada leaking..." dah 2 org kata mcm tu... tp member tu ada cakap mybe dia pkai dah lama sgt kot.....tu laaa aku yg x tau ni nak mintak laa kengkawan yg dah lama guna avent tu leh bg pandangan & pengalaman memasing x...hope ada laa yg sudi membantu...=)

tu dia...stok yg papa nya suh beli...
Tuesday, March 15, 2011
akhirnya tercapai gak...
aku dah lama berkenan dgn sling bag ni....cukup mengidamnya..hehhehe ni semuanya berpunca bile aku rasa rimas dgn handbag...sebab pe aku rimas....??? haaaa biasa laaa klo dah ada anak ni...sekali kuar berjalan..semua benda nak di "engkoh"...terutamanya beg susu dia laa...mmg laa bwk stroller...tapi..zikry ni xleh nak jangka...ada masa dia leh duk kt stroller lelama...ada masanya kejap je....& kadang2 xmau langsung....jadi masa duk tunduk2 memasukkan & mengeluarkan zikry tu...handbag yg kat celah tiak tu pun turut sibuk nak masuk dlm stroller tu gak....tgh kita sibuk duk pujuk zikry..masa tu jugak laa handbag mengelupur nak kuar dari lengan aku....ishhhhhh sungguh rimas tau...!!
jadi utk keselamatan & keselesaan aku tekad nak pakai sling bag....hujung mggu ri tu kami g midvelly & my yayang sudi menghadiahkan si jantung hatinya sling bag idaman hati....ini jer yg mampu di beli...ada gak berkenan yg lain..tapi pulus & warna x ikut citarasa lak...hehhehe
Thursday, March 3, 2011
hasil kerja.....
hari ni mood nak wat n3 ada..tp x tau nak wat cite ape..hehe..belek2 hp tgk ada gmbar ni..
jadi hari ni aku nak kongsi hasil kerja tangan zikry...xde laa cntik mna pun..tp sekadar nak simpan kat blog ni..nnti dia dah besar dia leh tgk2 balik hasil kerja dia masa kecik2 ni...kekadang kita ni leh lupa benda2 kecik mcm ni...ni pun salah satu kenangan yg berharga utk kita & anak kita...gmbar itu penting utk membuatkan kita mngingati sesuatu kejadian....sbb tnpa gmbr mcm mna kita nak flash back....
ok malas nak merepek meraban...ni laa yg zikry wat kat taska...ok laa kan dari xder aktiviti langsung..
Tuesday, March 1, 2011
my new look...
tada...akhirnya berani jugak aku nak pkai mcm ni ker opis...ahahahha...
ok x kengkawan...walau pun ada yg kata x ok..aku x kira...aku bak pakai jugak...dah beli x kan x pkai kan..klo pkai inner mcm ni dah x yah nak pikir tudung tu senget ke...benget ke...sbb dah terletak...jadi xder gangguan langsung...ni sbnrnya gmbr smlam...tp x dan nak upload n wat n3..baru hari ni dapatnya...
Subscribe to:
Posts (Atom)