tetiba mood nak membuat "si M" ni meluap-luap.....salah satu sebabnya hjung mggu aku di kampung...peralatan mebuatnya suma kt sana...(lama benar x balik rembau, hampir 3 bulan kot....) jdi jumaat mggu lepas kat opis keja aku adalah meng"google" resepi.....puas gak aku cari bru jumpa...sbb x ramai yg kongsi resepi...majoriti kongsi gmbarnya je yg berwarna warni tu....google nya google baru laa aku tau nak membuatnya mmg laa susah...byk pantang larang nya...xleh kacau lebih2...suhu oven pun x leh sebaranagan...mmg sensitip "si M" ni...patut laaa rega nya cecah puluh2 utk beberapa keping je....cerewet "si M" ni sebenarnya...haaa...cuaca juga main peranan tau...x leh di buat masa cuaca sejuk (malam & hari hujan)....cuba korang bayangkan....dah syok2 tgh bancuh adunan..tetiba hujan......pe nak wat....?
pepagi sabtu lagi aku dah ke kedai mencari bahan...dalam kul 1.30ptg tu aku stat laa membuat nya....ye la utk 1st time buatkan...terkial2 la jugak bile nak men"dot" "dot" kt kat atas dulang tu...xde laaa secomel mana pun...ada bentuk bulat2 tu kira ok laa... mcm ni laaa jadi nya...
byk ni je dapatnya utk 1 adunan...dlm 50pcs je....
ni laaa hasil nya....xde laaa jd sgt...tp rsa dah ada...rupa bentuk je lain sikit...huhuh kaki dia xde & permukaan nya x licin x mcm yg dalam gmbr ni....yg bulat merah tu laa dinamakan kaki @ skirting nya....yg berlubang2 mcm kena makan semut tu....
*tp kira ok laa kan bg cubaan 1st utk org yg buat tanpa ada cekgu kan.....
Bahan-bahan (untuk shell):
2 biji telur putih (saiz L) (80 g)
60 g gula kastor
80 g serbuk badam
100 g gula aising
3 sudu besar serbuk koko
* Jika tidak mahu warna dan perisa coklat, masukkan esen vanilla dan pewarna serta perisa kegemaran sendiri.
Filling:
* Ikut citarasa sendiri. aku letak peanut butter je.
Cara buat:
1. Ayak serbuk koko, serbuk padam & gula aising. Ketepikan.
2. Pukul telur putih sehingga gebu dengan kelajuan maksima. Masukkan gula kastor. Pukul lagi sehingga telur bertanduk dan jika diterbalikkan tidak jatuh.
3. Masukkan bahan yang diayak ke dalam meringue tadi sedikit demi sedikit. Kaup dengan spatula.
4. Masukkan ke dalam piping bag. Picit ke atas dulang yang telah dialas dengan baking paper (baking paper ini telah dilakar menggunakan syiling 20 sen dengan jarak 3 cm serta diterbalikkan). Ambik pencungkil gigi, pecahkan mana-mana gelembung udara yang terbentuk di permukaan macaron. *atau pun hentakkan sedikit dulang pembakar hingga adunan yang dipaipkan itu sedikit rata.
5. Rehatkan adunan ini selama 30-45 minit sebelum dibakar atau sehingga disentuh ia tidak akan melekat di jari.
6. Bakar dalam oven pada suhu 140-150°C bergantung pada oven masing-masing. Saya guna oven Pensonic AE-11N, api bawah sahaja, suhu 140°C selama 10-15 minit. Sejukkan sebelum letak inti.

ni pantang larang dia
- buat masa cuaca panas
- jgn ada sedikit minyak/ butter pun kat alat pemukul n mangkuk dia. mangkuk plastik kurang sesuai digunakan
- utk meringue yg putih bersih, elakkan mangkuk stainless steel\
- pukul putih telur perlahan dulu, kemudian baru llajukan
- lepas dah naik, jangan mandai2 nak menambah pukullan, nanti dia mendap balik dan kene start balik
- lepas dah bertanduk, gunakan terus.. jgn masa tu la sibuk nak ayak badam
- kaup balik je putih telur tu kat badam + gula tu, jgn pukul lagi
- picitkan adunan dgn jarak sesuai sbb dia akan mengembang
- buang udara kat atas dia tu, lepas dipicit
- biarkan 30-45 minit utk keraskan shell dia
- ketuk2 sikit bawah dulang tu utk buang ruang udara
No comments:
Post a Comment