Blog Ini AdaLaH TemPaT mElUahkAn peRAsAaN kU...LeBiH kEpAdA pEnGaLaMa Ku DaN jUgA cErItErA² aKu DaN fAmIlY kU...tIdAk TerliBaT DgN sEsIaPa Yg lAiN kEcUALi DiNyaTaKaN

jUtAAN tERiMa KaSiH juGa di UcApKaN kEpAda seMuA yAnG sUdI sInGgah Di bLOG yG X SEBeRApA NI...SeLaLu² LaAa SiNgGAh LaGi YE..

iklan best

My IG

Monday, August 15, 2011

Blueberry ciss tart


yg ni plak aku buat hari sbtu hari tu...lpas sahur tu aku mengemas sekejap...sapu2 umah...& mekasih kat mr zuar sbb sudi tolong aku mop rumah....walaupun ianya jarang sekali belaku...mekasih ye syg...klau boleh slalu2 laa ringan tulang tu tolong mama ye... =))

dlm kul 7 kut aku stat buat...membancuh doh...tu senang je..tp nak menepek adunan dalam acuan tu....waduh penat...dah la sensorg...pastu aku plak beli acuan kecik....konon nya nak comel je kuih tu....haaa padan muke aku letih menepek....kul 2.30ptg kot baru abis wat shell dia je...shell dia boleh simpan lama kalau x bubuh ciss lagi...kalau dah buh ciss better simpan dlm peti sejuk....


ciss nya plak aku buh mlm tu...deko nya deko tgk kul 11.30 bru abis buat...ye la buat sensorg kan....shell tu plak dpt dlm 150pcs ++ utk dua adunan...lepas buh blueberry nak buh ciss plak....pastu x boleh lama2 tkut cis tu keras... jadi kena deko cpt... aku deko pun xcntik...1st time wat...ada yg besar...ada yg kecik...hahha...xpe laa yg pnting rasa sedap...







SHELL


170g margerin atau butter
50 g gula ising
1 biji telur Gred C (aku pun x tau telur yg aku pakai gred ape..)
290g tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart



CARA-CARANYA

Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat. 
 
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
 
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh. Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
 
Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese
.






FILLING


250g cream cheese
50g gula kastor 
1 biji telur Gred B (aku pun x tau telur yg aku pakai gred ape..)
1/2 sudu teh esen vanilla / esen lemon


CARA-CARANYA


Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
 
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
 
Masukkan filling ke dalam kulit tat. Untuk memudahkan kita gunakan kaedah yg sama untuk letakkan filing tadi. Dimana kita masukkan dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam shell tadi. Letak penuh supaya ia cantik membuncit.
 
Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yg kita suka. Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna. 
 
Proses untuk melorek dilakukan ketika cheese tadi masih lembut. jangan biarkan cheese terlalu lama nanti dia dah mula mengering dan proses melorek tidah secantik yg kita inginkan.
 
Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
 
 
 
 

No comments: