Blog Ini AdaLaH TemPaT mElUahkAn peRAsAaN kU...LeBiH kEpAdA pEnGaLaMa Ku DaN jUgA cErItErA² aKu DaN fAmIlY kU...tIdAk TerliBaT DgN sEsIaPa Yg lAiN kEcUALi DiNyaTaKaN

jUtAAN tERiMa KaSiH juGa di UcApKaN kEpAda seMuA yAnG sUdI sInGgah Di bLOG yG X SEBeRApA NI...SeLaLu² LaAa SiNgGAh LaGi YE..

iklan best

My IG

Wednesday, May 29, 2013

PANAS BARAN




 Tahukah anda : Kebanyakkan pergolakkan rumah tangga berlaku akibat pasangan yang terlalu panas baran dan tidak mahu bertolak ansur? 



Bagi mereka yang panas baran


Sila undur setapak kebelakang
Maknanya kalau kamu rasa diri ingin menjadi marah, sila pergi ke tempat lain yang boleh meredakan kemarahan kamu. Jangan sekali-kali tunjukkan kemarahan dalam bentuk fizikal pada orang lain. Kamu boleh ke bilik tidur dan berehat sebentar, atau minum air sejuk untuk mengurangkan ‘panas dalam badan’. Atau lebih baik fokus buat benda yang anda suka untuk kembalikan tenaga positi dalam diri kamu. Sebaik sahaja anda telah redakan kemarahan, anda akan dapat berfikir dengan lebih jelas. Anda mungkin mendapati bahawa sebenarnya, tidak ada sebab untuk marah dengan melampau.


Cuba berada dalam kasut mereka
Kamu suka kalau kamu sentiasa dimarah? Kamu rasa dengan sikap panas baran kamu tu akan membuatkan perhubungan kamu bertambah intim dan mesra? Tahu tak sikap panas baran tu boleh menyebabkan keadaan sekeliling kamu boleh terkena tempias aura negatif tau. Sekali sekala, SABAR, istigfar dan tarik nafas dalam-dalam.


Fikir sebelum bertindak.
 Perkataan yang dituturkan dalam kemarahan selalunya kasar. Jadi, berfikir sebelum anda bercakap. Cuba tahan diri dari mengeluarkan kata-kata kesat sebab saya pasti anda pun tak suka kalau orang mencarut atau memaki anda sesuka hati. Jika anda tidak pasti apa yang anda mahu katakan, jangan berkata apa-apa. Mungkin anda akan mendapati bahawa perkataan kotor itu tidak diperlukan sama sekali. =)


Belajar berkomunikasi dengan tenang.
 Apa sahaja yang anda katakan, cakaplah dengan tenang. Berusaha untuk mengekalkan suara anda di bawah kawalan. Bercakap dengan tenang juga akan membantu anda merasa tenang jugak ;)





 Selalunya kalau terjadi masalah macam ni dalam institusi keluarga, yang menjadi mangsa pastinya anak-anak.  benda macam ni pasti akan efek mereka sehingga mereka dewasa. Jadi, tunjukkan contoh yang baik terutamanya pada anak-anak

No comments:

Create your own banner at mybannermaker.com!