“Jangan ambil ubat-ubatan herba atau apa saja ubat yang kononnya memudahkan bersalin dan mengurangkan kesakitan bersalin. Ia sebenarnya tidak banyak membantu
Pengambilan minyak ikan Omega 3. Ia adalah makanan terbaik untuk perkembangan otak bayi. Kandungan EPA dan DHA yang boleh ditemui dalam minyak ikan diperlukan untuk perkembangan yang sihat.
“Minyak ini juga komponen terpenting dalam pembentukan sistem saraf dan retina. Kekurangan satu atau kedua-duanya dikaitkan dengan kelahiran bayi pra matang atau bayi lahir dengan berat badan bawah paras normal
Minyak ikan juga penting untuk ibu. Pada peringkat ketiga kehamilan, ibu akan memindahkan kebanyakan simpanan DHA kepada janin, yang diperlukan untuk pembentukan sistem saraf dan otak bayi. Justeru keperluan kepada Omega 3 sangat penting kerana bayi hanya boleh mendapatkan khasiat ini melalui ibu. Kesihatan ibu boleh terancam jika tidak mendapatkan bekalan secukupnya.
Kekurangan EPA dan DHA boleh menyebabkan ibu hamil mengalami masalah tekanan darah tinggi (yang akan dihadapi pada waktu kehamilan saja). Ketika hamil juga ibu akan kehilangan tiga peratus jisim otaknya disebabkan kekurangan EPA dan DHA. Sesetengah saintis percaya keadaan ini membawa kepada masalah tekanan perasaan selepas bersalin seperti gila meroyan.
Satu lagi pemakanan terbaik untuk bayi adalah susu ibu. Sebaik-baiknya berikan anak anda susu badan sehingga dia berusia dua tahun atau sehingga dia berusia enam bulan. Bayi yang menyusu badan dikatakan lebih cerdik berbanding bayi tidak menyusu badan.
Ketika bayi mencecah usia enam bulan, perkenalkan makanan tambahan seperti bubur nasi. Bagaimanapun ini tidak bermaksud ibu boleh menghentikan pemberian susu badan.
“Ibu tidak bekerjaya berpotensi tinggi mendapatkan anak bijak menerusi sentuhan dan belaian berterusan berbanding anak yang diletakkan di pusat jagaan atau ditinggalkan dengan pembantu rumah,” katanya.
Sepanjang kehamilan juga kata Dr Khairul Azman, penting bagi orang Islam berdoa untuk memastikan keselamatan dan kepintaran anak yang bakal dilahirkan.
Pemakanan
a) Peringkat tiga bulan pertama kandungan – keutamaan hanya pada pengambilan asid folik sama ada menerusi sayur-sayuran atau dalam bentuk tablet. Pemakanan ibu pada peringkat ini untuk memastikan perkembangan organ janin yang sempurna. Pada peringkat ini pemakanan tambahan yang lain belum diperlukan.
b) Peringkat kedua dan ketiga kehamilan – pengambilan asid folik ditambah dengan pengambilan zat besi, B kompleks, dan omega 3.
SUMBER : Link
No comments:
Post a Comment