Blog Ini AdaLaH TemPaT mElUahkAn peRAsAaN kU...LeBiH kEpAdA pEnGaLaMa Ku DaN jUgA cErItErA² aKu DaN fAmIlY kU...tIdAk TerliBaT DgN sEsIaPa Yg lAiN kEcUALi DiNyaTaKaN

jUtAAN tERiMa KaSiH juGa di UcApKaN kEpAda seMuA yAnG sUdI sInGgah Di bLOG yG X SEBeRApA NI...SeLaLu² LaAa SiNgGAh LaGi YE..

iklan best

My IG

Showing posts with label masterchef. Show all posts
Showing posts with label masterchef. Show all posts

Wednesday, November 2, 2011

maraton masterchef episod 6 - episod 10

X terkejar lak aku nak menghupdate hari2 pasal masterchef ni…jadi senang cite aku buat marathon je la ye…sbb nya ada jugak satu dua episode yg aku ketinggalan …xdpt tgk penuh…ok jom kita tgk satu2 episod


Episod 6

Yg ni aku x sempat nak tgk…sbb stat awal kalau x silap…dlm kul 8.30mlm…kali ni diorg ada Kuliah Masterchef yg 1st…chef johari & chef yahya mengajar diorg dgn hidangan desert  & savoury dari bahan2 dlm peti saji misteri diorg di episod 5 hari tu… bahan2 dia adalah Beras Putih, Beras Perang, Beras Pulut, Kelapa dan Tepung…savourynya ialah Berbola nasi berinti bersama sos kari oleh chef jo dan chef yahya plak buat puding nasi bercoklat bersama sira beri

Episod 7


Lagi sekali peti saji misteri di keluarkan dlm ni…kali ni diorg semua diberi itik…..boleh kata semua terperanjat…x sgka plakk 1st task diorg adalah itik…& rata2 kata x penah siang itik…heheheh aku sndiri pun x penah…masak pun lagi laa x penah….dan mcm biasa semua org I bg 45minit utk habiskan masakan…dalam episod ni Ezani nya masakan dah menambat hati juri…& dia dapat 5 minit berada dlm pantry sensorg utk ambil bahan2 dlm next episode. Hidangan dia adalah Salad Itik Keemasan

Episod 8

Utk kali ni diorg ada ujian cipta rasa dgn tema nya mengimbau kenangan zaman kanak-kanak…juri minta diorg sediakan makanan yg penah ibu masing2 sediakan….ada antara diorg dah advance kan resepi sedia ada….mksudnya diorg dah olah resepi asal jd terlalu western @ lari dari tema…dlm 24 org tu 5 yg jd pilihan juri iaitu felix, ezani, nik Michael, zamir & kamaruzzaman…dan pemenangnya ialah felix..

Episod 9


Felix yg dah menang kat episode 8 telah dpt peluang utk cabaran chef selebriti dimana dia akan menyediakan Signature Dish chef tersebut….Chef Jaffery Othman adalah Chef Eksekutif dari Best Western Premier Dua Sentral  dgn hidangan Ikan Salmon Mediterranean. felix akan bertarung dalam masa 1jam utk mendapatkan pin kebal…iaitu sekiranyanya tersingkir peserta dpat dimasukkan balik dgn menggunakan pin kebal tu…malangnya felix x berjaya dlm task kali ni…


Episod 10

Dlm episode ni felix akan jad ketua pasukan merah dan juga perlu pilih seorg utk jadi ketua bg pasukan lawan nya iaitu pasukan biru…dan dia dah pilih tarrence utk ketua pasukan biru…jadi masing2 bergilir memilih ahli2 tuk pasukan masing2….dan tugasan diorg kali ni adalah cabaran sajian luar..bertempat di kuang diorg semua kena masak utk 100 org penduduk kg…dan penduduk kg perlu membuat undian antara dua pasukan ni mana lagi sedap masakan nya….diorg di beri 4jam utk masak 1 hidangan ayam, 1 hidangan daging, 2 jenis sayuran, 1 manisan dan 1 minuman…dan pasukan biru dah berjaya tambat org kg dgn 60 undian…






Savoury - makanan yang tidak manis , mempunyai rasa dan bau yang menyedapkan, berempah

tips : urut @ uli lemon dulu utk dptkan byk airnya & senang di perah…ini kerana dgn uli terlebih dalulu akan melembutkan tekstur lemon tu




Thursday, October 27, 2011

Episod 4 & 5

semalam x berkesempatan aku nak mengupdate blog..
sbb nya...? nnti akan di ceritakan next entry insyallah...ok jom cite sikit pasal mastercheff


Episod 4

peserta semua kena buat ujian kemahiran...ujian dia ialah potong ayam...hehehhe potong ayam..? rsanya x susah kan...tp rata2 peserta suma kata...cara potongan yg diajar lain dari yg biasa dia buat...dan diorg kena buang tulang kat ayam tu tanpa ada lubang kat daging....yg berjaya buat ujian ni dlm 12 org dan kena pulak buat ujian citarasa....diorg kena masak western dgn ayam yg di siang tadi....utk episod ni 7 org terpilih



Episod 5

semalam aku dah duk setting kul 9 kena bukak 104....borak2 dgn mr zuar...smpai terlupa...bile tgk jam dah kul 9.30....buka je tv tgk chef tgh merasa makanan diorg…task nya kali ni diorg kena cari pasangan utk masak bersama-sama dgn gunakan bahan2 yg dalam Peti Saji Misteri..bahan2 yg aku perasan ada mangga…pulut & udang…dan 4 group dah berjaya terpilih…mknanya da tinggal 5 tempat je yg kosong….
Jadi yg selebihnya tu diorg kena buat tiramisu resepi dari chef Riz (anak chef wan)…susah gak nak buat…ada yg x jadi…& ada jgk yg lansung x hidangkan kat chef….menghadap chef dgn tangan kosong….apa pun 5 org terbaik dah terpilih & dah cukup la 24 peserta Masterchef Malaysia





dan ni laa dia barisan 24 Masterchef Malaysia






Tuesday, October 25, 2011

4 dah terisi

wah....aku tertiba terjebak dgn masterchef...
ni gara-gara tertengok episod 1 hari tu la....terus terlekat...
bukan nya apa...kagum dgn mereka2 tu...sbb pandai cipta makanan makanan & pantaas memasak...
dalam masa 45minit siap...!!

diorg ni plak dtg dri mcm2 profesion...
dan task diorg utk episod 3 adalah....kukur kelapa dan perah santan....senang je kan...mmg senang....tp diorg kana hasilkan santan dlm 500ml yg cukup pekat & xde hampas langsung....



dan 10 0rg terpilih...dlm 10 org ni sorg je pompuan...dan kali ni 10 org ni yg kena masak hidangan yg berasaskan cili....ni utk 4 tempat dlm 24 senarai Masterchef Malaysia....ok yg dah berjaya ialah

Felix ~ jurulatih pelatih
Wahidan ~ pekebun
Terrence ~ perancang majlis
Zahin ~ pelajar (kalo x silap)


lelaki semua okkk...!!!



pssstt : ahad hari tu x tau ada juga utk episod 2.....so kalau ada yg x tau lg...masterchef ni setiap sabtu - rabu 9mlm di Astro Ria (104)


Saturday, October 22, 2011

MasterChef Malaysia

td bru je lpas tgk masterchef
1st saringan utk 40 org tu kena potong bawang ...potong dadu kecik2...klo kasar2 tu sorry ...
sebelum tu diorg di tunjukkan demo cmne cara nak potong bwang tu

sesi penilikan bawang......


30 org dah terpilih & tinggal 10 je...yg 10 org kena buat saringan ke 2...diorg kena masak udang...dalam tempoh 45minit...jdi juri akan rasa makanan diorg...kat situ td ada 4 org terkeluar x silap aku...hehheeh

dalam ramai2 peserta tu aku perasan pompuan sorg ni..mcm penah ku tgk...dia pelakon dan dia tu lah ary malik...

ni la dia....perasan x? belakon cite pe xigt dah aku...



* perasan x kat gmbr juri yg atas tu....sekali imbas nmpk mcm arwah M.rajoli....dah ter sebut ni...apa2 pun Al-fatihah utk arwah....








Create your own banner at mybannermaker.com!