Blog Ini AdaLaH TemPaT mElUahkAn peRAsAaN kU...LeBiH kEpAdA pEnGaLaMa Ku DaN jUgA cErItErA² aKu DaN fAmIlY kU...tIdAk TerliBaT DgN sEsIaPa Yg lAiN kEcUALi DiNyaTaKaN

jUtAAN tERiMa KaSiH juGa di UcApKaN kEpAda seMuA yAnG sUdI sInGgah Di bLOG yG X SEBeRApA NI...SeLaLu² LaAa SiNgGAh LaGi YE..

iklan best

My IG

Monday, April 2, 2012

baru sekarang pelangi nya kelihatan...

baru laa ada mood sikit nak menaip kat sini....ni pun byk entry bergmbar jer ye....


buat 5 layer jer.....malas nak buat byk2...



ni plak pembantu untuk sapu cream chesee (mr zuar tunjuk bakat....kata nya dulu dah biasa buat kerja simen-simen ni...)




ni laa hasil nya....main tepek-tepek nyer....lawa plak nmpak nya sekali imbas...tapi 2 3 kali tgk tah mcm apa tah.....(hasil setelah putus asa nak meratakan cream cheese tu...)




pandangan dari atas....



pic intro nya.....




ni laa hasil nya.....amat berpuas hati dengan hasilnya walaupun 1st time buat


Bahan-bahan

3 cawan tepung gandum
4 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 cawan butter (dlm suhu bilik yer...)
1 3/4 gula kastor
5 biji putih telur ( ni pun suhu bilik)
2 sudu kecil esen vanila
1 1/2 susu segar ( suhu bilik juga yer..)
pewarna (ikut suka)

Cara-cara nya

*sapukan loyang dengan butter sikit & letak baking paper

* panaskan oven pada suhu 170c dengan api atas dan bawah (bergantung kebesaran oven jugak ye...lagi besar oven lagi tinggi suhu nya...mcm hari tu ct pakai 200c)

*ayak tepung, baking & garam (ketepikan)

* pukul butter dan gula sampai kembang dan gebu atau butter bertukar menjadi putih (guna mixer)

* masukkan esen vanila

* slowkan kelajuan mixer yg paling pelahan...dan masukkan tepung berselang seli dengan susu segar

(tepung kena berselang seli dengan susu..kalau mula dengan tepung....di akhiri dengan tepung jugak maksudnya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ dan akhirnya skali mesti tepung jugak..)

* bahagikan adunan mengikut jumlah colour yg nak di gunakan

(kalau nak lapisan yg sama tebal..boleh laa timbang adunan tu setiap satu sebelum di warnakan)

* boleh laa msukkan dalam loyang adunan yg dah di warnakan...dan bakar satu persatu dalam masa 15 - 20 minit (kalau ada byk loyang yg sama saiz boleh di bakar serentak

(jangan tindih kan kek dengan lapisan kek yg lain..nnti x cantik & comot bile dah melekat dan bertindih antara satu sama lain...)




untuk Cream Cheese Frosting pulak

Bahan-bahan

250g cream cheese
120g gula
120g butter


Caranya

* pukul semua bahan dengan mixer sehingga kembang  dan gebu...

* sedia untuk di hias...




5 comments:

MRS. K said...

wowwieee.... syabassssss cantik lol

LYAfrina said...

alahai,,, comelnyer kek ni...

Sidratul Muntaha said...

hoho.
addicted buat menda ni dah 2 kali
once tu tuk food testing kat member opis
the other one tu buat tuk birthday cake adik beradik 2 minggu sudah..
terbaek!
lagi sedap klu ltk jam peach or blueberry.
terangkat!!

~aSFaLiZa~ said...

bila la kita nak merajin buat kek ni plak. huhuu. teringin nak buat jugak!!!!

::Deela:: said...

perh...cantik walaupun nmpk huru hara...hahahaaa...terus terliur ko tgk kek ni!!!