Blog Ini AdaLaH TemPaT mElUahkAn peRAsAaN kU...LeBiH kEpAdA pEnGaLaMa Ku DaN jUgA cErItErA² aKu DaN fAmIlY kU...tIdAk TerliBaT DgN sEsIaPa Yg lAiN kEcUALi DiNyaTaKaN

jUtAAN tERiMa KaSiH juGa di UcApKaN kEpAda seMuA yAnG sUdI sInGgah Di bLOG yG X SEBeRApA NI...SeLaLu² LaAa SiNgGAh LaGi YE..

iklan best

My IG

Friday, July 30, 2010

JANGKITAN TELINGA PADA KANAK-KANAK


Untuk PeNgetahuan sEmua ziKry sekaraNg meNgalami tElinga BerNanah..Mula-Mula Ingatkan diSebAbkan MAsuk air...taPi lepaS sEarch kaT teneT...Aku terJumpa ArtikeL ni...
haTi daH x TentU araH...SEbAB zikry mmG dah Lama Selsema & batuK..MAcAM-macaM uBAT Dah Bagi sTill x hilaNg..sehari duA JE oK..LePAS tU Selsema Balik...vicK & MiNyak tElon sentiaSA di Sapu..xNak baGi dia Sejuk...laSt2 Lepas RuJUk kliNik DoC bAGi suRat Ke Pakar...jaDi petANG ni AkU AKAn bawa ke PakaR ENT (Ear, Nose & Throat)...HaRap-hARAp sAkit ziKry Ni x seTeruk MaNa & bOleh diUbati seCepat mUngkin...

MeMang BuKAn senanG naK mEMbEsar kaN anak Ni KAn...



Pengenalan

Jangkitan telinga adalah masalah kesihatan yang kerap dihidapi oleh kanak-kanak.
Ianya menyebabkan gangguan tidur dan pemakanan kanak-kanak. Mereka mungkin akan
sentiasa menangis tanpa diketahui sebabnya. Kebanyakan kanak-kanak mendapat sekurangkurangnya
1 jangkitan telinga sebelum berusia 2 tahun.


Apakah perbezaan jenis jangkitan telinga ?

Ada 2 jenis jangkitan telinga:

• Otitis media adalah jangkitan telinga yang berlaku apabila virus, bacteria atau kulat
menyerang tiub eustachian (saluran yang menghubung sinus dibelakang hidung ke
telinga tengah)
• Otitis externa ialah jangkitan telinga yang berlaku di saluran telinga luar.
Otitis externa


Apakah faktor seseorang itu cenderung mendapat
jangkitan telinga ?

• Jangkitan disaluran pernafasan yang berulang-ulang
• Adik beradik yang dijaga di pusat harian.
• Bayi yang diberi susu botol
• Terdedah kepada asap rokok
• Pembesaran adenoids
• Sumbing bibir
• Alahan menyebabkan kanak-kanak lebih terdedah kepada jangkitan telinga


Bagaimanakah kita mengetahui kanak-kanak mendapat
jangkitan telinga?

Kebiasaan kanak-kanak akan mendapat jangkitan telinga selepas mendapat selesema atau
jangkitan di salur pernafasan.

Tanda-tanda biasa ialah:

• Kesakitan dalam telinga
• Resah dan mudah meradang
• Tidur yang selalu terganggu
• Selalu merentap dan menarik cuping telinga
• Nanah keluar dari telinga
• Kurang selera makan
• Lelehan hidung
• Selalu menangis sebelah malam semasa tidur
• Kurang terangsang dengan bunyi yang perlahan


Apakah tanda-tanda yang dicari oleh doktor apabila
pesakit disyaki menghidap jangkitan telinga?

• Mengalami demam panas, tekak yang merah dan meradang dan mengalami lelehan hidung.
• Semasa pemeriksaan telinga, saluran telinga nampak merah dan selaput tympanic bengkak
dan ada-kalanya bernanah .
Acute otitis media


Apakah komplikasi yang akan timbul akibat jangkitan
telinga?

Kebanyakkan kanak-kanak akan sembuh sepenuhnya tetapi sebahagiannya mungkin akan
mengalami :

• Telinga bernanah yang kronik
• Kurang pendengaran
• Lembap dalam pembelajaran terutama jika rawatan yang diberikan lewat atau tidak
sempurna.


Bagaimanakah rawatan jangkitan telinga?

Dapatkan nasihat dan rawatan awal dari doktor jika terdapat tanda-tanda jangkitan telinga.

Jika jangkitan telah dikenalpasti, rawatanya adalah:

• Ubat mencairkan kahak (samada secara topical or sistemik)
• Ubat demam
• Antibiotik diberi jika jangkitan disebabkan oleh bakteria
• Ubat titis telinga jika nanah keluar dari telinga.
• Gunakan teknik ‘ear weaking’ untuk mengeringkan nanah dalam telinga
Jangkitan telinga yang berulang-ulang:
• Mungkin disebabkan oleh alahan dan harus dirawat mengikut puncanya.
• Lakukan ujian pendengaran dan pergerakan gegendang telinga pada satu ketika
kemudian


Adakah terdapat langkah-langkah yang boleh diambil
untuk mencegah jangkitan telinga?

Ya, langkah yang baik ialah :

1. Susukan bayi anda dengan susu ibu.
2. Jauhkan anak anda dari mereka yang mengalami batuk dan selesema bagi
mengelakkan jangkitan.
3. Ajar anak anda supaya selalu mencuci tangan dengan bersih.
4. Elakkan dari menyentuh mata dan hidung.
5. Elak :-
o Terdedah kepada asap rokok
o Penggunaan puting
o Penyusuan susu botol semasa baring
o Alahan yang diketahui

Selalu ingat “Pencegahan adalah lebih baik dari rawatan”



Apakah kesan dalam jangka masa panjang?

Kebanyakan kanak-kanak tidak mengalami komplikasi untuk jangka masa panjang. Kanakkanak
yang semakin membesar akan mempunyai tiub eustachian yang berfungsi dengan lebih
baik, jangkitan batuk, selesema dan telinga juga akan berkurangan.


SUMBER DARI : infosihat.gov.my

No comments:

Create your own banner at mybannermaker.com!