Blog Ini AdaLaH TemPaT mElUahkAn peRAsAaN kU...LeBiH kEpAdA pEnGaLaMa Ku DaN jUgA cErItErA² aKu DaN fAmIlY kU...tIdAk TerliBaT DgN sEsIaPa Yg lAiN kEcUALi DiNyaTaKaN

jUtAAN tERiMa KaSiH juGa di UcApKaN kEpAda seMuA yAnG sUdI sInGgah Di bLOG yG X SEBeRApA NI...SeLaLu² LaAa SiNgGAh LaGi YE..

iklan best

My IG

Thursday, April 29, 2010

KOC Pink..utk perempuan sahaja tau..!!



KTMB perluas gerabak merah jambu laluan Rawang-Seremban 15 Mei

KUALA LUMPUR: Koc komuter khusus untuk wanita yang diperkenalkan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bagi laluan Sentul-Pelabuhan Klang semalam, akan diperluaskan untuk laluan Rawang-Seremban bermula 15 Mei ini.
Pemangku Pengurus Besar Perkhidmatan Komuter, Mohd Hider Yusoff@Othman, berkata koc ‘Wanita Saja Sepanjang Masa’ bertemakan merah jambu itu diseragamkan ke semua laluan bagi memberi jaminan keselamatan dan keselesaan kepada golongan sasaran.

Berdasarkan maklum balas penumpang sebelum gerabak ini direalisasikan, lebih 95 peratus bersetuju sekiranya koc berasingan disediakan dalam usaha mengurangkan risiko wanita menjadi mangsa gangguan seksual atau penyeluk saku.

“Koc Merah Jambu ini juga dibuka setiap hari dengan pelekat khas merah jambu pada bahagian pintu dan tingkap malah lokasi pemberhentian koc juga ditanda dengan warna sama,” katanya selepas membawa rombongan media menaiki gerabak itu di sini, semalam.

Begitupun, kanak-kanak lelaki 12 tahun ke bawah yang bersama ibu mereka boleh menaiki gerabak khas malah KTMB turut mempertimbangkan keselesaan penumpang lain dengan menukar koc wanita sebagai koc biasa sekiranya berlaku insiden atau kelewatan tren yang teruk.

Sementara itu, rata-rata penumpang menyambut baik usaha KTMB memperkenalkan koc itu namun meminta khidmat komuter ditingkatkan terutama dalam mengurangkan kekerapan kelewatan tren yang masih berlaku.
Pereka Grafik, Noor Hakimah Daud, 24, berkata kebiasaannya wanita perlu berasak-asak dengan lelaki terutama pada waktu puncak namun hari pertama koc wanita diperkenalkan, keadaan tampak berubah.

Bagi pelajar, Nandra Fairuz Indra, 18, berkata insiden begnya diseluk tahun lalu membuatkannya cuak apabila menaiki komuter dan pengena-lan koc itu mampu mengelakkan wanita lain menjadi mangsa.

Pegawai Bank, Ong Choe Kent, 25, berkata makluman kewujudan koc itu perlu dihebahkan bukan sekadar menampal pelekat merah jambu atau membuat pengumuman di stesen kerana masih ramai tidak sedar adanya koc itu.


2 comments:

Ena said...

tu la..
tp untug gak la sbb tiada gangguan dari mata &tanagn2 gatal lelaki miang lagi..

SiTi said...

MMg SoNOk Laa KaK..kITa raSa BeBaS sGt..BeBaS dAri sEgALa nYa..TeRmASUk BaU YG x sEpAtUttnyA...hHUuHUhu

Create your own banner at mybannermaker.com!