Blog Ini AdaLaH TemPaT mElUahkAn peRAsAaN kU...LeBiH kEpAdA pEnGaLaMa Ku DaN jUgA cErItErA² aKu DaN fAmIlY kU...tIdAk TerliBaT DgN sEsIaPa Yg lAiN kEcUALi DiNyaTaKaN

jUtAAN tERiMa KaSiH juGa di UcApKaN kEpAda seMuA yAnG sUdI sInGgah Di bLOG yG X SEBeRApA NI...SeLaLu² LaAa SiNgGAh LaGi YE..

iklan best

My IG

Wednesday, November 18, 2009

SArAn PeRunTukaN wAjiB kEpAdA iSTeRI

Mengikut hukum agama yang termaktub dalam institusi perkahwinan, pendapatan isteri tidak boleh dikongsi suami.
Namun, persetujuan, keikhlasan dan sikap ambil berat isteri untuk berkongsi pendapatan demi meringankan beban tanggungan suami bagai ‘menghalalkan cara’ untuk meneruskan kelangsungan hidup berkeluarga.

Apatah lagi desakan hidup hari ini yang memerlukan wang untuk mengimbangi keadaan ekonomi keluarga, membuatkan isteri reda berkongsi pendapatan bersama suami, kata perunding keluarga dan khidmat guaman syarie, Kamaazura Md Kamel.

Peguam bela dan peguam cara berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang syariah dan sivil ini tidak menafikan, pada awal perkahwinan, isteri biasanya sanggup berkongsi pendapatan seiring hasrat untuk memastikan kelancaran dalam hubungan rumah tangga.
Namun katanya, ada kalanya apabila kedudukan suami sudah stabil dan suami mula berubah sikap, timbul kekesalan di hati isteri yang pernah menderita di saat susah, tetapi apabila suami lupa diri ketika senang.

“Berdasarkan beberapa kes yang saya kendalikan, ada segelintir suami mengambil kesempatan atas keprihatinan isteri.

“Tanggungjawab yang sepatutnya dipikul suami bagaikan terlepas pandang dan dia tidak perlu bersusah payah kerana isteri sudah melakukan segalanya.

“Akhirnya, hal ini seolah-olah menampakkan yang semua itu ‘kerja’ atau tanggungjawab isteri.
“Apabila percanggahan dan beban semakin dirasakan lalu si isteri yang pada asalnya reda mula mempersoalkan bebanannya itu yang harus membayar rumah, kereta malah keperluan asas seperti makan minum.
“Jika tidak disedari segera, perkara ini boleh menjadi bibit atau punca berlaku titik hitam dalam rumah tangga. Apa yang dibimbangi adalah sesuatu yang bakal berlaku kelak apabila suami terus lepas tangan daripada tanggungjawab hakiki mereka,” katanya.


Dia turut menyarankan suami memberikan peruntukan wajib kepada isteri dengan menyediakan nafkah bulanan tetap kerana ia bukan saja satu pengiktirafan terhadap tanggungjawab yang harus dipikul suami, sebaliknya adalah tuntutan agama.

 
Menurutnya, masalah kewangan adalah faktor penting pergolakan rumah tangga dan seboleh-bolehnya, pasangan harus merencanakan kepentingan mengikut keperluan sewajarnya.
“Isteri anggota tentera adalah golongan paling bertuah kerana mendapat kelebihan apabila potongan gaji suami memberikan satu jawapan kepada persoalan nafkah melalui skim berkenaan. Bagi wanita, ia adalah satu pengiktirafan suami kepada isteri walaupun jumlahnya sedikit.


“Sepatutnya, institusi kerajaan mahupun majikan swasta di negara ini mengambil jalan sama dengan mengadakan potongan gaji suami. Ia bukan saja menunjukkan satu pertanggungjawaban tetapi apa yang penting, ia amat relevan,” katanya.


Bagaimanapun, Kamaazura secara peribadi, tidak bersetuju tindakan suami isteri membentuk satu perjanjian bersama dalam soal berkaitan kekeluargaan dengan pihak peguam jika timbul sesuatu perkara berbangkit.
Menurutnya, konsep rumah tangga dan sistem nilai yang menjadi amalan masyarakat akan berubah jika semua perkara yang berkaitan kekeluargaan serta sosial berakhir di mahkamah.
“Mungkin keadaan itu tidak sesuai dengan nilai ketimuran kita apabila semua masalah tidak dibuat atas landasan muzakarah sebaliknya masyarakat atau wanita semakin terikat dengan mahkamah semata-mata,” katanya. - DiPeTik DaRi DuNiA peRKaHwInAn

4 comments:

cintaKusayangMu said...

aku setuju..mmg mula2 masa awl2 perkahwinan.,..isteri snggup share duit ngn suami...tp bila jd kes2 seperti suami dh kaya raya...isteri dilupakan...bab ni aku mmg hangin...dlu ssh pandai nk ngn bini..dh senang..bini kena tgl..g cari pompuan lain..ingt..di sebalik kejayaan sorg suami..ada isteri diblkgnye..

SiTi said...

BeTuL tU...sEtIaP kEJAyAan SuAmI MesTi aDa TulAnG bELaKaNg nYa yg PeMbERi SeMaNGaT..

rosma said...

yg penting ikhlas.....hidup suami isteri kene tolong menolong...tp lau ditakdirkan berpisah jgn lupe gk nk teruskan tolong menolong tuh...

SiTi said...

SEMuAnyA SuDaH tErTuLiS..

Create your own banner at mybannermaker.com!