Blog Ini AdaLaH TemPaT mElUahkAn peRAsAaN kU...LeBiH kEpAdA pEnGaLaMa Ku DaN jUgA cErItErA² aKu DaN fAmIlY kU...tIdAk TerliBaT DgN sEsIaPa Yg lAiN kEcUALi DiNyaTaKaN

jUtAAN tERiMa KaSiH juGa di UcApKaN kEpAda seMuA yAnG sUdI sInGgah Di bLOG yG X SEBeRApA NI...SeLaLu² LaAa SiNgGAh LaGi YE..

iklan best

My IG

Friday, December 9, 2011

Senarai peserta



update 19 Disember 2011..


1.     http://ibuafiqahhuzaifah.blogspot.com/
2.     http://nuyuijoinsanesini.blogspot.com/
3.     http://fadzillah-kamarudin.blogspot.com/
4.     http://mascontestgiveaway.blogspot.com/
5.     http://darlingninie-cgl.blogspot.com
6.     http://faishaluvnurrfatihah.blogspot.com/
7.     http://azatiesayang-contest.blogspot.com/
8.     http://giftcikbunny.blogspot.com/
9.     http://duniakebahagiaanku.blogspot.com/
10.   http://alongnidar.blogspot.com/
11.   http://mykawaaiiionlinediary.blogspot.com
12.   http://joelwithcontestsandgiveaways.blogspot.com/
13.   http://nasyabella.blogspot.com/
14.   http://hazwanimohd.blogspot.com/
15.   http://nashasanzagorgon.blogspot.com/
16.   http://affaf-contest.blogspot.com/
17.   http://sajejer.blogspot.com/
18.   http://24-7nay.blogspot.com/
19.   http://sayangsyeeda.blogspot.com/
20.   http://pinknlavender.blogspot.com/
21.   http://sha-na39.blogspot.com/
22.   http://senandunghatiku.blogspot.com/
23.   http://nurezzattie.blogspot.com/
24.   http://tudungdotnet.blogspot.com/
25.   http://www.simpledoubletriple.co.cc/
26.   http://purplewarnaku.blogspot.com/
27.   http://atienabila.blogspot.com/
28.   http://farhanazulkafli-96.blogspot.com/
29.   http://nanakimie.blogspot.com/
30.   http://catlover-lalala.blogspot.com/
31.   http://ainunqalbi.blogspot.com/
32.   http://iwishiwillwin.blogspot.com/
33.   http://cekpipahlifestory.blogspot.com/
34.   http://2merah1ungu3c.blogspot.com/
35.   http://syasyanotshasha.blogspot.com/
36.   http://suraiyasofia.blogspot.com/
37.   http://nonasani.blogspot.com/
38.   http://barneyisadinousar.blogspot.com/
39.   http://killjoysdiaries.blogspot.com/
40.   http://ogy2112.blogspot.com/
41.   http://sweetlittle-pumpkin.blogspot.com/
42.   http://hairulizacontestga.blogspot.com/
43.   http://storycikhoneybee.blogspot.com/
44.   http://zaiikulim.blogspot.com/
45.   http://ilovemyheartguard.blogspot.com/
46.   http://intannabilahzaini.blogspot.com/
47.   http://contestsesajer.blogspot.com/
48.   http://miera-akmalina.blogspot.com/
49.   http://sarah-rinduselalu.blogspot.com/
50.   http://usharapa.blogspot.com/
51.   http://syu90contest.blogspot.com/
52.   http://intanberliangacontest.blogspot.com/
53.   http://sayasukasepakhanafi.blogspot.com/
54.   http://kissyourhotlips.blogspot.com/
55.   http://faryna-lovestory.blogspot.com
56.   http://nurnuha-syakila.blogspot.com/
57.   http://nurulezateegj.blogspot.com
58.   http://puteri-auni.blogspot.com/
59.   http://kisahakujangankausebok.blogspot.com/
60.   http://goldenrosegacontest.blogspot.com/
61.   http://cempakakuningku.blogspot.com/
62.   http://join-giveaway.blogspot.com/
63.   http://karimahabdhamid.blogspot.com/
64.   http://fiezahkecik.blogspot.com/
65.   http://thegiveawaystuff.blogspot.com/
66.   http://amna2amzar.blogspot.com/
67.   http://isozaki-narumi.blogspot.com/
68.   http://isyanesyamimi.blogspot.com/
69.   http://luahanhatisifiniey.blogspot.com/
70.   http://biz2u-ariffda.blogspot.com/
71.   http://momma2aa.blogspot.com/
72.   http://melinblossom.blogspot.com/
73.   http://unapedora.blogspot.com/
74.   http://hanifidrus.blogspot.com/
75.   http://sukahati-fieda.blogspot.com/
76.   http://myapeapeaje.blogspot.com/
77.   http://ady-shariz.blogspot.com/
78.   http://alvas-87-contest.blogspot.com/





sila semak...sekiranya nama anda x tersenarai plz inform ct.....









 



Thursday, December 8, 2011

anak jepun kaya VS anak arab kaya

mcm ni laa jadi nya kalau da kaya sgt....
meh laa sedekah2 sikit kat org2 yg kurang berkemampuan ....





 VS









Apabila perempuan itu………..







Andainya lelaki tahu... 

Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.Andainya lelaki tahu...

Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.Andainya lelaki tahu...

Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin banyak pula pertelingkahan yang berlaku.Andainya lelaki tahu...

Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.Andainya lelaki tahu...

Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.Andai lelaki tahu...

Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang...tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.Andai lelaki tahu...

Apabila perempuan kata dia rindukan kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.Andai lelaki tahu...

Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.Andai lelaki tahu...

Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.Andai lelaki tahu...

Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.Andai lelaki tahu...




Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.




Jadi, hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.




Wednesday, December 7, 2011

zikry @ indoor playground

ok ni sambungan dari entry Bawak budak demam jalan-jalan
tujuannya aku bwk dia sbb nak bagi dia berpeluh & xde laa dia melayan demam dia tu smpai lembik....mmg sejak kat klinik lagi dia nmpak aktiv je....klo org tgk mmg nmpk xdemam...suhu badan dia mmg on & off panas nya...tp selesema mmg sntiasa je la mengalirnya.....


mr zuar mmg dah lama ckp....kt mana nak cari tempat2 mcm ni....yg parents boleh masuk & join anak main....mmg sebelum2 ni ada tanya2 org...tp suma pakat x tau....last2 hari tu aku baru terpikir....skrg kan zaman moden....klik...klik.. je dah dpt info...so aku gunakan sebaik mungkin...dan hasilnya aku jumpa laa KID'S E WORLD ni.....mmg amat sesuai utk toddler & kids.....dlm byk2 di search yang ni nmpak lebih ke toddler...yg tmpat2 lain lebih utk bebudak besar je....
 

masa cari tu aku jumpa MEGAKIDZ....kat level 3 midvalley klo x silap...kat area dgn GSC....pegi tgk kat situ...penuh sesak...semak je mata memandang...mmg x selesa laa kot kita pun kan...pastu penuh dgn budak2 besar.....so kami pun cari laa jugak KID'S E WORLD  .....sbb sebelum ni mmg x penah smpai @ masuk ke The Garden Mall....

bile sampai je kat situ….zikry punya la xcited nak masuk….sibuk dia tolak2 gate tu….lepas aku sarungkan stokin…x tunggu aku dah…trus belari masuk…nak masuk ni kena pakai stokin…. Boleh bwk sendiri…kalau beli yg kat diorg tu mahal & kualiti kurang sikit…nipis….kt sini kita leh lepaskan je anak kita biar dia explore semua sendiri…kalau mak pak nak ikut sama pun boleh jugak…..masa aku smpai xde parents melayu pun sumanya china…. Apa yg aku tgk….diorg dtg bwk anak & lepaskan anak main…dan diorg just relaks kat sofa & bean bag yg ada….ada jugak jual air & snek….tp sygnya no outsite food….nak beli kt dlm tu mahal…ada jugak parents tinggal kan anak & diorg g tgk wayang kat sebelah tu je….

nmpak sgt zikry happy….tp dah 2-3jam main….zikry dah slow down sbb badan dia dah panas balik…lpas je minum susu dia g duk mencangkung kt tengah tu smbil hisap jari…tgk zikry pun da xde mood nak main….pe lagi bwk balik je la….smpat gak bwk dia ke toy’r us….suh pilih mainan pun x de mood….


lokasinya di

4th Floor (Next to GSC Signature and RedBox Karaoke) 
The Gardens, Mid Valley City, 
Lingkaran Syed Putra, 
59200 Kuala Lumpur, Malaysia
+6012 389 7677 
enquiries@kidseworld.com.my








ni lompat2 sampai puas.....

sibuk dia nak naik gelongsor tu kat situ jugak


mama nya pun nak berkubang gak kat ribuan bebola ni....

yeee haaaaa..... mama dpt naik gelongsor gak.....sonokkkkk....!!!

 peace yo.....!!!

Tuesday, December 6, 2011

kepada para peserta

morning semua...
mekasih kepada semua yg sudi join GA ku...
wat masa ni masih x sempat utuk tgk semua penyertaan kat blog anda semua...sbb melalui minggu yg amat bz....coz balik kg jaga mak yg x sihat diasebabkan slipped disc....lpas tu zikry plak demam....smpai hari ni pun masih demam lagi ni....appoiment audio dia pun terpaksa di tunda lagi....







Monday, December 5, 2011

Bawak budak demam jalan-jalan

Rasanya kali ni paling lama zikry bertahan xdemam...dlm 3bulan gak kot dia bertahan...tp petang semalam tetiba dia demam...dah la esok dia ada audio test...doc da pesan..test ✗ boleh buat kalu dia ✗ sihat...so kena pastilkan dia ✗ demam...selsema n sebagainya....

Jd hari ni...aku terpaksa laa cuti....lpas je bwk g klinik aku ajak mr zuar ke mid velly...nak bwk zikry ke indoor playground...mmg da lama nak bwk tp ✗ tau kat mana...td sebelum kuar umah smpat gak search kat mana


Okk..tunggu next entry utk detail tempatnya ye....

Friday, December 2, 2011

Mop idaman ku....

1st sekali nak ucapkan ribuan terima kasih yg teramat sgt utk akk fillanie

sebabnya dengan entry beliau yg berjaya menarik minat ku & berjaya mempengaruhi ku...akk mmg leh jadi promoter berjaya laa.... jom tgk entry nya tu 

setelah berjaya memujuk mr president....merangkap menteri kewangan...akhirnya mr president bersetuju mengeluarkan bajet utk membeli peralatan yg mendatangkan kesenangan utk seisi keluarga...seblum ni aku berkenan dgn mop cosway....yg ada baldi pemerah yg gunakan kaki jer tu...tp setelah di beritahu oleh memberku...dia suke sgt dgn mop akk fillanie ni...senang katanya...aku pun cari laaa akhirnya jumpa laa entry mop zaman moden

mmg di akui...senang yg amat sgt...klau dulu berbasah2 laa kita nak mengemop....skrg x lagi...pakai baju g dinner pun leh sempat mengemop lagi.....=)










* bajetnya xde laa mahal mana pun.....lagi mahal mop cosway tu....x smpai note 50 pun 





Thursday, December 1, 2011

perlu ke...pakai gaun pengantin nmpak segala lurah...???





Syella Kamaruddin dahulu pernah dikenali sebagai seorang penyanyi dan wajahnya sering menghiasi majalah-majalah hiburan seperti Mangga. Namanya pernah popular dengan lagu Menangis Dalam Hujan. Terbaru tentangnya, dia telah diijakabulkan dengan seorang VVIP dalam sebuah majlis tertutup, Jumaat lepas. Syella ternyata amat bersyukur apabila kehidupan penyanyi yang sebelum ini berhempas pulas membantu keluarga dengan menjual nasi lemak telah berubah sekelip mata.

Syella Kamaruddin menerima pelbagai hantaran mewah termasuklah sebuah banglo bernilai RM5 juta dan sebuah kereta rekaan British, iaitu Mini Cooper. Difahamkan, perkahwinan Syella Kamaruddin secara keseluruhannya bernilai hampir RM15 juta! Baju perkahwinannya juga turut menerima sentuhan pereka terkenal tanah air, iaitu Hatta Dolmat.

Syella yang juga pemilik butik D’Syella Place menjalankan perkahwinannya tanpa pengetahuan media kerana menghormati permintaan suaminya. Tahniah kami ucapkan kepada Syella dan semoga kehidupannya bahgia hingga ke akhir hayat dan janganlah ada mana-mana pihak berdengki dengan kehidupan yang dia miliki. =)

















Wednesday, November 30, 2011

Apa tu Slipped disc?




cuba tgk kat pic yg sebelah kanan....disc telah terkeluar & menekan saluran saraf .....



Slipped disc  bermaksud tulang belakang yang “teralih” atau “mengelongsor dari kedudukan asal. Ini disebabkab oleh gel antara tulang yang berfungsi menyerap tekanan telah bocor seterusnya mengakibatkan alihan. pelapik yang terletak di antara tulang belakang terkeluar dan menekan saraf yang keluar di sisi tulang belakang. Apabila ini terjadi, tulang akan menekan pula saraf-saraf yang mengawal anggota badan seperti kaki, tangan dan leher. Kesakitan melampau menyebabkan anggota badan menjadi kebas pergerakan akan terbatas..segala pergerakan serba x kena…duduk, berdiri & baring yang tak boleh lama….dan ini laaa sakit yg penah aku dapat 4 tahun lepas….dengan hanya berpunca dari BERSIN saja…..


Yang berkemungkinan mendapat Slipped Disc…

* Mengangkat barang berat tanpa mengikut cara atau kaedah yang betul.
* Melompat dari tempat yang tinggi.
* Terbabit dalam kemalangan jalan raya.
* Kurang bersenam sehingga menjadikan tulang belakang tidak kuat.
* Sering melakukan aktiviti lasak.


Antara penyebab lainnya 

*membongkok ke depan & ke bawah ketika bekerja.
*perjalanan yang jauh tanpa berhenti rehat
*Berdiri terlalu lama
*membawa barang yang beratnya tidak seimbang
*duduk membongkok badan di kerusi
*membongkok badan ketika batuk atau bersin  (ini laa penyebab aku kena….)
*memakai kasut bertumit tinggi


Masa aku kena dulu…sempat lagi doc berseloroh…..kamu ni kena penyakit “org tua” ni…..sabar je laaa….sebenarnya penyakit ni xkira umur da sekarang….ni semua dari pengaruh @ cara hidup kita sekarang….



Rawatannya dengan 3 cara

* fisioterapi - menjalani sesi dengan pakar yang menunjukkan kaedah senaman yang betul untuk menguatkan otot. Ini termasuklah sesi rawatan menggunakan alat2 & mesin yg ada di pusat fisioterapi

* Suntikan - suntikan stereoid dapat menguatkan otot belakang dan mengurangkan kesakitan

* pembedahan - Ini adalah langkah terakhir di mana bahagian tulang dan disc yang terkeluar akan dikikis. Untuk kes yang lebih serius, kepingan besi akan dimasukkan untuk menyokong tulang belakang


Alhamdulillah…setelah berbulan-bulan aku jalani fisioterapi…2x seminggu….aku berulang dari rumah(rembau) - hospital port Dickson – Seremban (opis) akhirnya byk perkembangan positif…doc pun happy dgn perkembangan ni….dari aku x leh berjalan….jalan terbongkok2 & pakai tongkat…akhirnya aku pulih seperti dulu….Cuma skrg ni mmg x boleh buat perkara2 berat…selaga tingkah laku ku kena berhati-hati….



Cara mengelak

Berat Badan
Salah satu faktor penting yang menolong mengelakkan tekanan berlebihan kepada tulang belakang. Pastikan berat badan yang ideal dengan mengikut BMI yang sesuai. Berat badan ideal juga dapat menghindarkan penyakit lain seperti cholestrol tinggi, diabetes dan sakit jantung.

Senaman
membuat senaman ringan seperti regangan setiap kali bangun dari tidur. Selebihnya, cari masa untuk bersukan sekurang-kurangya 2 kali seminggu. Pastikan anda membuat warm up dahulu sebelum memulakan apa-apa aktiviti sukan. Ini akan mengelakkan kecederaan dan menguatkan otot terutamanya di bahagian belakang.

Posture
Pastikan anda tidak membongkok dan bersandar dengan selesa semasa menaip di hadapan komputer. Kecenderungan untuk membongkok akan menyebabkan kesakitan di bahagian bahu, leher dan tulang belakang jika dibiarkan terlalu lama. Ini mungkin akan menyebabkan anda mendapat slipped disc tanpa anda ketahui. Pastikan juga anda meletakkan bantal kecil di bahagian belakang tempat duduk anda dan di dalam kereta. Kurangkan tekanan di bahagian belakang dan bila terasa sakit, pastikan anda bangun dan berjalan-jalan untuk beberapa minit. Elakkan duduk terlalu lama dengan posture yang buruk.
 
Mengangkat
Gunakan teknik yang betul dan jangan membongkok tanpa membengkokkan lutut kerana ini akan menyebabkan tekanan dari berat barang tersebut ditanggung oleh tulang belakang anda. Jika tidak mampu mengangkat, minta pertolongan dan jangan memaksa badan anda hanya untuk kelihatan “macho”. Angkat dengan perlahan dan berhati-hati.




 ini laa dinamakan MRI scan.....duk baring dlm tu lebih kurang 30minit - 45minit tanpa boleh bergerak utk nk dptkan x-ray segala urat saraf dlm badan







Create your own banner at mybannermaker.com!