Blog Ini AdaLaH TemPaT mElUahkAn peRAsAaN kU...LeBiH kEpAdA pEnGaLaMa Ku DaN jUgA cErItErA² aKu DaN fAmIlY kU...tIdAk TerliBaT DgN sEsIaPa Yg lAiN kEcUALi DiNyaTaKaN

jUtAAN tERiMa KaSiH juGa di UcApKaN kEpAda seMuA yAnG sUdI sInGgah Di bLOG yG X SEBeRApA NI...SeLaLu² LaAa SiNgGAh LaGi YE..

iklan best

My IG

Tuesday, October 18, 2011

apa itu G6PD






Nama panjang @ nama sains nya GLUCOSE 6 PHOSPHATE DHYDROGENESE…adalah sejenis enzim dalam sel darah merah

Fungsinya
Melindungi sel darah merah drpd dimusnahkan lebih awal.
Lepas bersalin….sampel dari tali pusat bayi akan dihantar utk pemeriksaan G6PD…jika didapati bayi kekurangan G6PD
-          Anda akan dihubungi supaya membawa anak masuk ke wad untuk pemerhatian
-          Bayi dikehendaki tinggal di wad sekurang-kurangnya sehingga berumur 10hari
Pemerhatian ini perlu kerana bayi anda boleh mendapat Jaundis (kuning) dengan serta-merta yang boleh menyebabkan kecacatan otak dan pendengaran.


Bila anak kekurangan G6PD?
Elakakan anak anda dari bahan-bahan yang boleh menyebabkan kemusnahan darah merah:
-          Kacang parang
-          Memberi ubat-ubatan sendiri tanpa arahan doktor
-          Ubat gegat
-          Ubat-ubat tradisional, jamu atau ubat sengse
Pastikan anda mendapat senarai ubat-ubatan sebelum pulang.


Sila pastikan
Bawa senarai ubatan dan tunjukkan kepada doktor bila anak anda sakit dan beritahu doktor anak anda kekurangan G6PD


Apa akan berlaku sekiranya termakan makanan @ ubat-ubatan tersebut
Boleh menyebabkan sel darah merah musnah dengan cepat dan bayi akan mendapat kuning serta merta
-          Air kencing berdarah atau warna teh pekat
-          Pucat
-          Demam


Bolehkah seseorang yang kekurangan G6PD hidup secara normal
Mereka boleh hidup secara normal tetapi mesti elakkan dari mengambil makanan dan ubat tertentu. Kekurangan G6PD ini adalah sepanjang hayat. Ia bukanlah penyakit berjangkit. G6PD diwarisi oleh faktor ginetik dan sering melibatkan kanak-kanak lelaki. Kanak-kanak perempuan adalah sebagai pembawa.

Info : hospital putrajaya
03-83124200







No comments:

Create your own banner at mybannermaker.com!