Hari ni sAja nak sharE sikit PanduAn...
kiTa pUn seBagai Isteri patut Baca JuGA..Yang mana Kita BoLeh 
PrakTik kan..Kita Buat...moGA BerTambah hARmoni Laah Ikatan Yang TerBina
Utk Para Suami pulak..Sila Baca yeR..Dah Baca tU pikir-pikiR kan Laaa...
adaKah AKu seOraNg sUami Yang terBaik...
aDAkah Aku seOrang Suami Yang MithAli ..
adAKah Aku sEoRang baPa Yang Penyang... 
daN juga
adaKah aku meNjadi Ketua keLuarga Yang aDil  & saksaMa...? 
MogA kekaL bAHagia hiNgGA Ke aNAK...Cucu...cIcit...
Jadi Renung-rEnunG kan la...Selamat BeraMal...
1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat  dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami  terlupa.
2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup.  Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan  untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
3. Suami  mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif  dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh  dibanggakan oleh isteri anda.
4. Setiap hari pulang dengan  senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak  akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke  rumah.
5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan  isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan  suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri  setiap hari ?
6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar  untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri  anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun  mesej tersebut.
7. Hiburkan hati isteri anda dengan  bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat  hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.
8.  Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa  dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami  membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
9.  Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati  semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan  hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.
10.  Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi  bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.
11.  Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat  meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan  pasangan anda.
12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang  mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan  dan menyelesaikan banyak masalah.
13. Pastikan penampilan  anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami  inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan Penampilan diri  sendiri. Mana adil ?
14. Didik isteri dengan memberi  nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda  sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.
15.  Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan  suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami  yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah  tangga terancam.
16. Jadikan penawar hati kepada isteri.  Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi  isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera
17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.
18.  Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara  sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang  lain. Ini wajib dihentikan.
19. Muliakan keluarga isteri  seperti keluarga sendiri. Ada suami yang menbeza-bezakan antara  keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga  isteri. Anda bagaimana ?
20. Bentuk sifat cemburu yang  positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak  cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat  cemburu. Dia rasa dihargai.
21. Jadilah suami yang pemaaf.  Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam  sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk  syurga.
22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih  sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang  kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan  memberontak.
23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model.  Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila  mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.
24.  Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib  memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada  isterinya. Elakan kesilapan ini.
25. Suruh isteri dirikan  sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi  mengingatkan sembahyang.Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan  sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.
26.  Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut  usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta  berteraskan iman dan takwa.
27. Sentiasa berubah secara  positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila  suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang,  isteri akan gemilang.
28. Pamer keprihatian yang tinggi  terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga  mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada  keluarga.
29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang  matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan  cekap menyelesaikan masalah.
30. Memuliakan semua  perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita  tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina  atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.
31.  Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi  Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat  wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih  disayangi wanita.
32. Mahir dalam menguruskan keluarga.  Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca  masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang  optimum.
33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan  iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan  dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat  dan baiki amalan dan tindakan.
34. Jadi contoh atau model  terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat  dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda  yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?
35. Jadikan diri  anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri  galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir  positif dan bersangka baik terhadap keluarga.
36  Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga  berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan  keluarga.
37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas  menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran  semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan  hikmah.
38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut  situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam  menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut  sangat orang pijak.
39. Latih diri memuji dan menghargai  isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian  merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari  peluang untuk sentiasa memuji.
40. Cari peluang untuk  bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut,  sebut sayang tiga kali sehari, buat
sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.
41.  Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan  dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun  e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.
42.  Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan  pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui  mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.
43.  Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang  isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila  isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.
44. Apabila  suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri  bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi  layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.
45. Suami  wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, Pandangan dan  pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal  macho dengan saksama.
46. Buat undang-undang dalam rumah  tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri  marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak  boleh bergaduh sendirian.
47. Latih gerak batin anda  supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan  berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan  perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.
48.  Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat  sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang,  waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.
49.  Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, Rajin juga di  rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di  pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan  isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.
50. Urus stress  dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan riaadah,  berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan  bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan  semua orang.
Oleh Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah