lorr apa kes plak ni.. siap letak2 syrat bagai ni...
aikk mertua nk tgk cucu pun susah ker..???
“Kalau ingin jumpa cucu, dia perlu jumpa saya terlebih dahulu” kata pelakon dan pengarah Farid Kamil ketika mengulas tentang hubungannya dengan ibu mertua, Norsiah Ramli.
“Saya risau perkara tidak diingini berlaku, saya tidak berdendam tetapi sekadar melindungi isteri dan anak saya. Saya dapat merasakan ibu mertua saya akan melakukan sesuatu yang tidak diingini kepada mereka.
“Sebelum ini juga banyak cerita negatif tentang kami yang keluar daripada mulut ibu mertua yang menyebabkan saya lebih berhati-hati,” katanya.
katanya family mertua x restui perkahwinan diorg.....
aiikkk x restu...? biar betik... padahal masa kahwin ri tu.. punya la besar-besaran lagi... siap ada program Walimatulurus Diana Danielle & Farid Kamil kan.... tah laa.. masalah dalam kita x tau yer x..
selain tu farid pun agak kecewa dgn sikap ibu mertuanya kerana...
"Sepanjang Diana berada di Autralia saya tidak pernah dengar tentang ibunya telefon atau menghubungi untuk bertanya kabar.
"Apa yang saya lihat Diana sendiri berasa sangat kecewa dengan sikap ibunya yang tidak suka kami berkahwin," ujarnya
Farid x patut letak2 syarat mcm ni... dia ptutnya cuba cari jalan supaya keluarga mertua dpt menerimanya.. bukan mengeruhkan lagi keadaan... kalau dah letak syarat bagai lagi laa hangin mertua tu kan... farid patunya bagi peluang kat mertua dia... sempena bulan yg baik ni diharapkan mereka sekeluarga dapat saling bermaaf-maafan...
*Farid masih belum menamakan anak lelaki dia tu
"Diana sihat cuma selepas bersalin dia lebih emosi dan bersikap "mother blues" iaitu terlalu melindungi anaknya. Saya sendiri tidak dibenarkan memegang bayi itu terlalu lama dan sentiasa takut orang ambik anaknya"