Blog Ini AdaLaH TemPaT mElUahkAn peRAsAaN kU...LeBiH kEpAdA pEnGaLaMa Ku DaN jUgA cErItErA² aKu DaN fAmIlY kU...tIdAk TerliBaT DgN sEsIaPa Yg lAiN kEcUALi DiNyaTaKaN

jUtAAN tERiMa KaSiH juGa di UcApKaN kEpAda seMuA yAnG sUdI sInGgah Di bLOG yG X SEBeRApA NI...SeLaLu² LaAa SiNgGAh LaGi YE..

iklan best

My IG

Tuesday, September 19, 2017

My CoolBlog Experience : Ku telah Jatuh cinta




Pengalaman pertama dapat minum Coolblog pada tahun 2011..
Masa itu berhenti di R&R Seremban... selalu nampak ramai orang beratur kat situ...
dan akhirnya satu hari tu betul-betul dapat parking berdepan dengan cawangan Coolblog dan kebetulan juga tak ramai. Apa lagi...memang tak melepaskan peluang la.... dan coolblog pertama yang di beli adalah Oreo + Pearl (masa 1st time tau tau nak pilih apa... lepas tu baru pandai campurkan flavour) dan hingga sekarang tau Oreo Vanilla + Pearl ni tetap dihati. Lepas tu setiap kali balik kampung memang akan singgah membeli CoolBlog...

Oreo Vanilla + Pearl... tetap menjadi pujaan hati ku...


Disebabkan terlalu sukakan CoolBlog besertakan pearl-pearl nya itu... pernah juga la cuba membuat sendiri Pearl...jadi la jugak... tapi hasilnya tetap tak sama  dan tak selembut pearl CoolBlog. Memang CoolBlog No.1 la kat diriku, salah satu sebabnya ada banyak cawangan dalam Malaysia ni, jadi kita boleh dapatkannya dengan mudah. Untuk pengetahuan semua, CoolBlog juga ada mensasarkan 500 cawangan tempatan dan juga antarabangsa kerana terdapat permintaan dari syarikat-syarikat di Indonesia, Thailand, Filipina dan Timur Tengah.... Chaiyok...chaiyokk
Kalau korang nak tahu cawangan terdekat dengan korang ha jom KLIK kat sini


CoolBlog ni ada pelbagai menu dan beberapa kategori :

Chocholate / Oreo
Coffee & Tea
Fruitti
Malaysian

Korang cakap je nak apa... Smoothies ke.. nak Milk Shake ke... Youghurt... Iced Blended haaa semua ada ye... dan jangan ingat CoolBlong ni cuma ada minuman sejuk je... yang panas pun ada hokey... Cuppuccino, Latte dan Mocha pun ada..!!



Menu terbaru dari CoolBlog adalah Rasa-Rasa Malaysia...!! 
Bersempena Hari Malaysia tahun ni...


COCO YAM PULUT HITAM SMOOTIE
CENDOL DURIAN SMOOTHIE
 COCO KACANG CHOCOLATE SMOOTHIE


Cendol Durian Smoothie dah cuba.. memang sedap.. peminat durian mesti suka punya la...
kalau teringin Cendol Durian Viral tu tak perlu susah-susah dah nak beratur panjang... korang just start kereta terus cari Coolblog !!


Siapa-siapa yang belum pernah cuba.... memang wajib cuba sekali... Haaa.. lepas tu mesti mencari lagi tau... diri ku ni dari la anak 1 sampai sekarang anak dah 3 masih lagi berCoolBlog dengan anak-anak sekali terlibat hahah.....
 Jangan risau harganya sangat-sangat berpatutan tau... dari RM 3.50 hingga la RM 7.50 + ikut berapa banyak flavour dan topping yang kita tambah.

Ni gambar anak sulung ku yang dulunya berumur 3tahun


Haaa.. cer tgk tu anak yang sulung tu... sekarang dah 8tahun dah jadi geng dengan mama dia "Peminat tegar CoolBlog"


3 beradik berebut tau nak sorang satu... tak boleh kongsi-kongsi


Anak yang kecik skali pun suka....
tu habis di tarik mama dia punya



Apa-apa pun tahniah di ucapkan buat CoolBlog kerana pencapaian mereka hingga ke hari ini. Dari mula bertapak pada tahun 2008 dan cawangan pertamanya di Sutera Mall, Johor
sehingga ke beratus cawangan termasuk cawangan mereka yang telah memasuki Singapura.



Kami sekeluarga akan tetap sokong CoolBlog sampai bila-bila...
Muah....Muah....Muahhhh...!!


Untuk korang yang nak tahu perkembangan terbaru Jom LIKE
Facebook : Coolblog Official Fan Page
"The Coolest Blog From Malaysia"


 "Thanks"& "Smile" dari ku "Peminat Tegar"



Create your own banner at mybannermaker.com!